Wednesday, April 8, 2009

MERINDUI CAHAYA


MERINDUI CAHAYA???
Mungkin bunyinya agak janggal, tetapi bagi diri ini, cahaya itu lah ketenangan dan kebahagiaan.
Pernah atau tidak kita merasakan bahawa diri kadangkala berasa sunyi walaupun di sekeliling kita penuh dengan gelak-tawa? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri.
Dalam meniti alam dewasa ini, pelbagai peristiwa yang telah kutempuh. Suka dan duka telah menjadi permainan hidup. Pengalaman juga telah banyak mendidik diri ini untuk meneroka erti pahit manis kehidupan. Betullah kata orang tua, merekalah manusia yang telah banyak menelan asam garam kehidupan. Dan melaluinya lah menjadikan diri mereka seperti apa mereka sekarang.
Daku juga bukanlah seorang insan yang sempurna. Masih lagi mencari identiti diri dan juga masih lagi mencari arah tuju hidupku sebagai seorang insan di bumi ini dan sebagai seorang hamba kepada penciptanya. Bukan mudah untuk aku berkongsi apa yang terbuku di hati.
Kerna, jika diungkapkan, kuathir akan menimbulkan tanggapan lain. Tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di dalam hati melainkan diriku sendiri. Sudut kecil dalam hati inilah menjadi tadahan noktah segala penghujung kedukaan yang pernah aku tempuhi.
Bukan niatku untuk menidakkan kehadiran insan-insan disekeliling. Tetapi, aku merasa lebih bahagia jika aku bisa melihat mereka tersenyum. Berbanding jika aku melihat mereka murung hanya kerna dilema diriku ini. Wahai insan-insan disampingku, aku hanya mahu melihat kegembiraan kamu semua walaupun kebahagiaanku terpaksa aku ketepikan. Tiada lain yang aku punya melainkan kamu semua.
Cahaya, padamulah harapan ku taruhkan.
Terangilah hidup insan-insan disekelilingku.
Meskipun diriku ini jauh darimu,
tetapi,
kau dekatlah dengan mereka.

3 comments:

Anonymous said...

ceh2..
naz ad blog..
heee~~

tuKang tuLis said...

waaa...
welkam to blogger world..
tuKang tuLis folow naz..
tQ

p/s:xchange link yuk!

white rose said...

thanks kepada yang follow my blog..
i'm still new, so, kalo ade yg terkurang tu, harap dimaafkan k....

Post a Comment