Wednesday, May 12, 2010

AKAN KU GANTI SAAT BERSAMA.

akhirnya, lengkap sudah setahun perkhidmatan sebagai perwakilan pelajar di kolej.
dengan itu juga aku sgt2 berharap dapatlah aku menebus semula masa2 yang telah banyak hilang bersama sahabat2 dan mereka yg tersayang.

mcm2 pengalaman dah dpt.
susah, senang, kecewa, semuanya ada.

yang paling penting, pengalaman hidup selama setahun menjadi org berbeza ini lah yang dah banyak mengajar aku erti perkenalan dan makna persahabatan.
macam2 ragam manusia dah aku jumpa.
yang tetiba hilang time aku susah, yang memang memanjang suka dengan kesusahan orang lain, dan tak kurang juga dengan org2 yang memang suka pandang lemah manusia lain..hmm, ini lah kot kehidupan.
aku juga banyak belajar apa itu erti kesabaran.
memang manusia ni berbeza.
rambut sama hitam, hati lain2.
memang betul pun kata2 ni.

aku juga belajar erti kata keseorangan.
memang sunyi pun kalau xda yang sanggup susah senang bersama.
jalan sorang.
shopping sesorang.
paling sedih tu, makan pon sesorang.
apa xda kawan ke????
haha....ak pun xtau nak jawab bende ni.
lagi parah kalau ada masalah tu, pendam je la sorang2.

tapi,
yang paling ak hargai adalah keluarga aku.
sentiasa menyokong.
menjadi tulang belakang yang paling kukuh sepanjang masa.
nasihat tidak pernah lekang.
penguat semangat, pencetus inspirasi.
pesan mak, " walau apa pun, kita kembali pada yang esa. DIA sentiasa bersama hambanya."
itulah yang akan ku pegang sepanjang masa.

aku juga akan cuba untuk menjadi yang terbaik bagi mereka2 yang aku sayangi.
terutama sekali untuk mereka yang menyayangi diriku.
inilah hadiah yang termampu untuk aku berikan kepada mereka buat masa ini.
aku tidak kaya dengan harta benda.
namun, selagi kudratku masih kuat, aku akan cuba sehabis mungkin untuk membanggakan mereka.
ini janjiku.

sekiranya selepas ini akan ada lagi tanggungjawab atau cabaran yang lain, insyaallah, aku akan memberikan yang terbaik.
untuk semua.
bukan sekadar untuk yang lain, tetapi juga sebagai satu pengalaman untuk aku sendiri.
cuba mencabar diri sendiri.
untuk melihat keupayaan yang ada agar aku dapat gunakannya sebaik mungkin.
kepercayaan ku bahawa setiap yang baik akan dibalas baik, insyaalah akan dibalas oleh allah seadilnya.

maafkanlah sekiranya selama detik yang lepas ada perkara yang telah terlapas pandang.
akan ku gantikan detik yang hilang bersama kalian.

0 comments:

Post a Comment