Monday, July 26, 2010

TERIMA KASIH SAYANG...

di suatu saat
akhirnya aku tahu juga makna
akan kata-kata bahawa
"kau akan merasakan dirimu perlu kuat apabila orang yang kamu sayangi dalam keadaan yang begitu lemah"
walhal pada ketika itu
dirinya juga sedang mengalami keadaan yang serupa
sakit...
lemah...
bahkan langsung tidak berdaya melawan sakit yang ada
walaupun sedemikian rupa zahir yang ku lihat
namun kerna adanya nilai cinta
kerna adanya nilai kasih dan sayang
semangatnya akan turut kental
menidakkan segala sakit yang ada
kau kuatkan jiwamu
kau tabahkan keringatmu
namun dalamanmu tiada siapa yang akan tahu
apakah yang sedang kau lalui wahai insan disampingku?
mampukah aku menjadi sekuat dirimu?
sempit dunia ku rasakan andai kau tiada di sampingku
singkat masa umurku jika ku tidak punya waktu
kau tetap kuatkan dirimu
sakit dan peritmu, dirimu sahaja yang tahu
maafkan aku
aku tidak akan pernah memahami keperitanmu itu
aku tidak setegar karang
aku tidak sekuat ombak
aku juga bukan secekal si pantai
aku jatuh ditiup bebanan
bagaimana lah diriku jika aku tiada kamu?
aku bersyukur pada YANG MAHA ESA
aku diberi peluang mengenali insan sepertimu
kamulah tonggakku
andai dalam beribu lautan manusia lainnya
pilihlah aku sebagai cahayamu
tidaklah aku ini sempurna
tapi terimalah diriku ini seadanya
aku akan sentiasa mendoakan
agar jalinan kasih ini mendapat keberkatan
aku akan mendapat tempias kekuatan
dari seorang insan yang tegar dan teguh hatinya
insan yang kental jiwanya
kuat semangatnya
lindungilah insan ini YA ALLAH
rahmatilah dia
terima kasih atas anugerahmu YANG ESA
kerana menemukan aku dan dia
besarnya rahmat darimu
tidak ternilai untukku
kuatkan lah aku
berbekalkan dorongan insan di sampingku
janganlah dibiarkan diriku
terus mengecewakan hati-hati yang menyayangiku
wahai sang pencinta yang penuh dengan kasih dan sayang
andai aku diberikan olehmu walau satu sahaja peluang
ingin ku balas segala keperihan yang kau tanggungi
agar dapat ku rasa
untuk aku juga mengerti
apa yang telah kau alami.

*istimewa buat insan tercinta...abah dan mama
rinduku sentiasa bersama kalian
terima kasih kerana mendidik dan membesarkan anakmu ini
jasamu tidak akan pernah dapat ku balas
terima kasih sayangku atas segalanya...



0 comments:

Post a Comment