Sunday, September 19, 2010

ANUGERAH TERINDAH

awak,
nak tau x?
saya suka senyuman awak.
bila tengok awak senyum, saya pun boleh tersenyum sama.
saya suka sangat bila nampak awak senyum.
kadang-kadang saya terdiam tengok senyuman tu.
saya tak tahu awak tahu atau tidak, itulah antara perkara terindah dalam hidup saya.

awak pun banyak cakap juga.
asyik bising je.
ada je idea awak nak berborak.
sampai kadang-kadang saya terfikir awak tak letih ke asyik bercakap?
dalam bising-bising awak pun, awak tetap menarik.
bising awak ni lah penyeri hidup saya, dan penyeri orang di sekeliling awak.
sebab tu la bila awak tak ada saya sunyi sangat.
si murai.com saya entah di mana.
saya suka dengar cerita-cerita awak.
saya terleka dengan teka-teki awak.
saya terharu bila awak kongsi masalah awak dengan saya.
walau berulang kali saya dengar pun saya xjemu.
jadi, awak jangan berhenti bercakap ye...

setiap masa
saya ingin awak selalu hadir disisi saya.
dalam setiap langkah, dalam setiap detik hidup saya.
mungkin awak akan akhirnya benar-benar hadir dan temani saya pada suatu saat nanti.
tapi
saya tetap perlu berserah pada waktu, ia yang akan menentukan.
saya ingin awak tahu isi hati saya ini.
awak,
saya akan terus diam.
untuk mengertikan setiap detik yang terindah.
setapak langkah yang bakal saya jalani, segunung saya yakinkan bahawa saya akan dapat bersama awak.

awak,
andai awak memahami isi hati dan keinginan jiwa ini,
saya berharap awak juga mempunyai rasa yang sama.
awak lupakanlah kata-kata
jiwaku garis langit,hatimu hujung lautan.
itu bukanlah bezanya antara diri kita.

awak,
nak tau lagi x?
saya selalu tersenyum bila tengok gambar-gambar awak.
tapi bila selalu tengok gambar-gambar awak, saya mesti makin rindu pada awak.
kadang-kadang saya terpaksa sorokkan gambar-gambar tu.
saya buat-buat tak ingat.
saya buat-buat tak nampak.
maafkan saya ye awak.
saya bukannya apa, saya bukan lupa pada awak.
tapi saya nak ajar hati saya untuk bersabar tunggu awak.
biar hati saya tahu untuk tanggung rasa rindu.

hari tu saya sakit teruk.
awak datang melawat saya.
awak tolong jaga saya.
bila awak ada, saya rasa sakit saya semakin berkurang, tak terasa sangat pun beban sakit kat badan.
tapi bukan saya jumpa awak dalam realiti, saya hanya jumpa awak dalam mimpi saya je.
sekejap pun bermakna sangat untuk saya.
saya betul-betul rasa awak ada dengan saya.
rasa-rasanya kan, awak pernah tak mimpikan saya ye?

waktu bersama kawan-kawan pun saya akan ingat pada awak.
apa awak tengah buat sekarang ni?
awak tengah bersama kawan-kawan awak juga ke?
mungkin ye.
kadang-kadang saya pun pandai rasa cemburu.
masa saya kurang bersama awak.
tapi saya tak risau, sebab saya tahu awak pandai jaga diri.
awak tahu segala batas.
saya yakin dan percaya sangat pada awak.
tapi maafkan saya juga ye awak...saya tak sengaja nak rasa macam tu.

bila tiba-tiba je dalam satu hari tu awak menyepi,
awak senyap je, mesti saya terfikir...
saya ada buat salah pada awak ke?
saya dah sakitkan hati awak ke?
atau saya ada guris perasaan awak?
ye, mungkin saya ada buat silap.
awak, mungkin saya tak sedar saya dah buat silap.
saya ni nakal.
awak tegurlah saya.
awak nasihatkanlah saya.
saya bukan seorang yang sempurna, tapi saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak.

awak,
banyak lagi sebenarnya yang saya tak mampu nak ungkapkan.
tapi saya akan belajar untuk beri awak faham dan mengerti semua isi jiwa saya.
awak,
terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya.
awak anugerah terbaik untuk saya.

0 comments:

Post a Comment