Tuesday, October 12, 2010

Pencarian.

Pencarian diri.
Kadangkala manusia akan sesat dalam diri sendiri.
Tidak tahu akan apa yang mereka kehendaki, dimana letaknya matlamat diri, dan ke mana tujunya jalan kehidupan diri.

Ada yang selesa untuk mengambil masa bersendiri.
Ada juga yang lebih senang bercerita dengan insan yang lain.

Dalam hidup, kita tidak perlu mengejar kesempurnaan.
Ciptaan tuhan itu tidak ada yang selengkap dan sempurna seperti Diri-NYA yang Maha Agung dengan segala kekuasaanya.
Kesempurnaan dalam diri datang dari keseimbangan interaksi dalam diri juga di sekelilingnya.
Ada kalanya kita merasa tertekan, jatuh seperti tidak mahu bangun semula, hilang dan putus harapan. Keseimbangan diri sudah hilang. Manakah ada jawapan untuk pembetulan atas semua yang berlaku itu?

Cari dengan tenang, tidak perlu tergesa-gesa.
Jatuh bangun mengajar manusia erti sakit dalam kehidupan. Itu yang kita namakan pengalaman. Berbeza setiap seorang. Namun jika kita mendapat hubung kait antara setiap kehidupan di sekitar kita, pastinya kita bakal ketemui keseimbangan itu.
Tak perlu takut untuk kalah. Tak perlu gerun untuk merasa sakit untuk sekian kalinya.
Peluang yang mendatang tidak ada satu hukum pun yang dapat melihatnya.

0 comments:

Post a Comment