Sunday, November 21, 2010

Disebabkan pengalaman daku kongsikan suatu rahsia.

Tuhan itu Maha Kaya dengan segala kekuasaannya. Mungkin sahaja kita sengaja ditemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan insan yang sebenarnya dijodohkan untuk diri kita. “Tidak sepadan. Tidak sehati sejiwa. Tiada jodoh”. Itulah kata-kata yang sering terungkap. Apabila bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu. Cinta adalah anugerah dari Yang Esa. Tidak akan ada yang dapat menolak cinta. Lahirnya insan di dunia ini juga atas dasar cinta.

Cinta itu ketika:

  • · Dibuai perasaan.
  • · Diuji dengan kesabaran.
  • · Romantis dalam perhubungan.
  • · Perasaan mengambil berat.

Tapi bahagia tidak selalunya berpanjangan bagi sesetengah insan. Andainya kita telah menemui seseorang yang sangat bererti dalam hidup, namun, akhirnya terpaksa juga membiarkan dia pergi. Pintu kebahagiaan pasti tertutup. Kadangkala masa yang lama diperlukan untuk mengubati luka itu. Terus menatap dan berharap pada pintu yang tertutup. Sehinggakan tidak sedar akan pintu lain yang mungkin terbuka luas untuk diri kita. Kita butakan mata hati. Kita tutup pintu hati. Sampai bila ini akan berterusan?

Waktu inilah nilainya persahabatan tidak terhingga. Teman-teman yang sentiasa berada di sisi. Seronok ketika bersama, tidak meninggalkan ketika berduka. Tetap terus menyokong.

Memberikan sepenuh jiwa raga, sepenuh kepercayaan, sepenuh cinta, tidak akan pernah menjamin kita untuk mengecapi kebahagiaan yang berkekalan. Tidak akan menjamin orang yang dicintai juga mencintai diri kita sepenuhnya. Jangan mengharap cinta sebagai balasan!

Tapi tunggulah sehingga cinta itu benar-benar berputik dalam hatinya. Jikalau tidak, pastikan ia hadir dalam hati kita. Memberi itu lebih mulia berbanding menerima.

Hati itu sentiasa meminta dan pastinya ada perkara yang diinginkannya. Pasti ada kata yang terlalu ingin kita dengar daripada insan yang kita sukai. Hakikatnya, perkataan itu tidak pernah sekalipun terungkap. Kecewa? Sedih? Tanya pada hati...

Tetapi jangan sesekali biarkan hati kita menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya. Kata-kata keramat; “Selamat tinggal”, jangan sesekali diucapkan sekiranya masih ada kekuatan untuk terus mencuba. Teruskan. Jangan menyerah selagi ada sinar harapan. Jangan pernah kata tidak mencintai dia lagi walhal tidak sanggup untuk melepaskan dia pergi. Inilah silapnya.

Setiap insan memerlukan cinta. Tolak lah walau bagaimana sekalipun, cinta itu akan terus wujud. Dimana?

Cinta datang kepada:

  • · Mereka yang masih mempunyai harapan, walaupun sering dikecewakan.
  • · Mereka yang masih percaya walaupun kerap dikhianati.
  • · Mereka yang ingin mencintai walaupun kerap kali disakiti.
  • · Mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.

Kita jangan lihat pada wajah, wajah itu menipu.

Jangan lihat pada kekayaan, kekayaan boleh luput.

Berharaplah pada seseorang yang mampu membuat kita tersenyum.

(Senyuman = Kebahagiaan)

Sebuah senyuman dapat mengubah jiwa yang gelap menjadi cerah.

Pernah tak alami suatu rasa yang dinamakan rindu? Ada suatu saat kita sangat rindukan seseorang. Ingin sangat berjumpa dan memeluknya. Berharap mampu mimpikan dia pada waktu tidur. Namun akhirnya apabila sedar, semua itu angan-angan semata.

Lupakan semua itu. Keluar dan cari sesuatu yang boleh menghilangkan perasaan tadi. Pergilah kemana saja tempat yang ingin dikunjungi. Percutian, mungkin salah satu jawapannya. Lakukan apa yang kita inginkan. Lakukan sementara sempat. Orang kata, hidup cuma sekali. Tiada apa yang memahami diri kita selain diri kita sendiri. Semoga kita akan memperoleh cukup kebahagiaan. Cukup dugaan untuk membuatkan kita kuat. Cukup dengan penderitaan untuk membuatkan kita tabah.

Tips:

  • · Selalulah letakkan diri pada posisi orang lain. Sekiranya kita rasa itu menyakitkan, sudah semestinya ia menyakitkan orang lain.

Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang dilupakan. Mulakan langkah yang baru dalam kehidupan dengan melupakan kegagalan dan rasa sakit hati. Hidup dengan hidupmu.

0 comments:

Post a Comment