Wednesday, December 1, 2010

Maafkan lah

Ha!!!! Apa lah nak jadi? Sikit-sikit nak benci. Sikit-sikit tak suka. Lepas tu mula lah, pergi block orang yang diri tu tak suka. Delete daripada friendster, facebook dan macam-macam lagi. Apa lah salah dia sampai timbul benci tu kat hati?

Pergi putuskan persahabatan. Putuskan perhubungan. Sama je kan macam memutuskan silaturrahim sesama manusia. Hukum? Berdosa tau tak. Dulu masa sekolah rendah lagi ustaz dan ustazah dah ajar. Jangan tak bertegur lebih daripada tiga hari. Ingat lagi tak pesanan tu?

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.


Maklum sudah lumrah manusia ni memang ada sifat marah. Tapi jangan dibiar berlarutan. Ambil masa untuk menenangkan diri dan jangan simpan sifat hasad dalam diri. Perkataan benci jauhkan sejauh-jauhnya. Maafkan lah sekiranya ada yang bersalah.

Entry ni sekadar untuk renungan bersama dan juga teguran untuk yang berkenaan.



0 comments:

Post a Comment