Tuesday, November 30, 2010

Masaalahnya .........1 - 21 = ???

Meh cerita sikit masalah-masalah yang pernah muncul dalam hidup kita ni.

Sekitar umur 1-4 tahun: Punya la masalah kalau botol susu hilang. Menangis terpekik terlolong,padahal air mata setitik pon tak jatuh. Suara je lebih.

Umur 5-7 tahun: Ini alam mula-mula belajar nak masuk sekolah. Masalah utama kalau kasut sekolah basah. Lagi-lagi kalau nak guna masa perhimpunan hari Isnin tu. Dah la ada sportcheck. Haish cikgu dengan pengawas ni, memang sengaja cari masalah. Tengok kasut tu basuh ke tak, putih ke tidak. Kalau kotor mesti kena denda. Belom lagi kalau ada kawan yang dengki, dia pergi pijak kasut kita yang putih melepak tu. Lagi malang kalau basuh hari Ahad,lepas tu hujan sepanjang hari. Mana nak keringnya kasut kita tu dik.

Umur 7-12 tahun: Sekarang zaman sekolah rendah. Alam keseronokan bila tiba cuti sekolah. Tapi masalahnya pada budak lelaki sebenarnya. Musim berkhatan dah datang kalau datangnya cuti sekolah. Cuak tak cuak la kan dik? Tapi rasanya tak ada la pula budak umur 11 dan 12 tahun baru nak bersunat. Untuk diorang ni pula, masalah yang kononnya terbesar,UPSR. Ha, bagai nak rak la buat persiapan kan. Pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensel, pen, dan lain-lain, kalau boleh, semua la nak yang baru masa peperiksaan tu. Mana la tau kan ada berkat. Tapi, bagi semangat sebenarnya untuk jawab soalan tu betul-betul. Insyaallah 5A dalam tangan...Aminn......

Umur 13-17 tahun: Zaman sekolah menengah. Zaman adik-adik bertukar menjadi abang2 dan kakak2...phewit!!! Masa ni lah masing-masing belajar nak melaram. Yang lelaki pula dah mula tunjuk ego kejantanan masing-masing. Dan masa ni lah paling popular isu kawan makan kawan. Salah sikit, nak gaduh. Terlanggar sikit, mula nak tarik-tarik rambut. Adoi dik, ni bukan masalah terbesar lagi kat dunia ni. Tak payah nak gaduh-gaduh. Fikir positif sudah. Bukan dia seorang je manusia kat dunia ni kan? Lagi pula, korang semua nak SPM dah tak lama lagi. Baik pergi belajar daripada gaduh-gaduh ni.

Umur 18-20 tahun: Krisis pencarian identiti. Yang dulu duduk terperap kat rumah dah mula keluar. Keluar ke mana? Cari kerja, sambung pelajaran. Masing-masing pun dah mula jauh dengan rumah. Hidup pun bermula dah dengan hala tuju sendiri. Bagi yang dah biasa dan tetap pendirian tu, memang tak ada masalah. Tapi yang baru nak merangkak keluar tu, hati-hati...

Umur 21 tahun dan keatas: Ok, nak tau kenapa sampai 21 dan ke atas sahaja? Ye la, saya ni pun baru je tengok alam ni selama 21 tahun. Tak banyak lagi pengalaman hidup. Hehe....apa-apa pun, sentiasalah doakan kesejahteraan dan kebahagiaan orang disamping kita. Jangan pening-pening dengan masalah. Selagi kita usaha, mesti ada penyelesaiannya.



0 comments:

Post a Comment