Sunday, November 28, 2010

Sakitnya

Kenapa manusia suka menafikan kata-kata? Suka menyelindungi rasa yang dipendam. Kita berkata berdasarkan pengalaman, berdasarkan apa yang kita lihat, dan apa yang kita pernah lalui. Sinonimnya dengan memendam luka. Parut nampak dilihat,kesakitan tidak dapat dirasa. Begitulah manusia.

Sakitnya hati seorang sahabat yang tidak dihiraukan. Sakitnya hati seorang kekasih yang ditinggalkan. Sakitnya hati seorang ibu yang diderhakai oleh anaknya. Sakitnya. Pelbagai macam keperitan hidup sepanjang diri ini mampu bernafas di muka bumi tuhan.

Kenapa pelbagai dugaan timbul ketika bahagia seperti mendatang?

Sesungguhnya tiada apa yang kekal. Bahagia itu juga pinjaman tuhan. Diberinya pada kita hanya sementara. Kemudian diambilnya semula untuk mengingatkan hamba-hambanya supaya mereka tidak lupa kepadanya.

0 comments:

Post a Comment