Wednesday, December 8, 2010

1/3 DISEMBER

Sorry blog. Sebenarnya baru tersedar, bulan ni baru 1 post je yang masuk. Punya la busy. Banyak cerita ni nak bagi tau. And the first one, nak bagi tau 1 dunia bahawa cik white balik awal ke kolej!!! Hahaha...macam biasa la, kena pulang ke tempat 'tercinta' dengan awalnya sebab ada kerja. Kawan-kawan lain tengah berseronok lagi kat rumah and berguling-guling atas katil empuk. Bak kata cosmate, "sayang sangat kau ye kat kolej ni". Hoho, actually, not that much la. Lagi sayang dekat cuti yang hanya sementara tu.

Balik kolej terus start dengan kerja-kerja kolokium. Second biggest event i had joined sepanjang masuk universiti ni. Walaupun peringkat universiti, i still anggap MMP as the biggest event in my life. Why? Tanya la sesiapa yang pernah join. Huh, leh sakit badan tau tak. Itu belum tambah dengan sakit otak lagi. Kolokium kali ni libatkan semua IPT kat Malaysia and most of the participant ialah pegawai-pegawai universiti. Cuak la juga masa hari 1st handle event tu, Tapi esok-esok nya dah ok. And 1 lagi, 1st time i jadi MC untuk majlis penutupan. Tapi lepas habis je kerja-kerja MC tu, otak macam tak berjalan la pula. Sampaikan one of my friends cakap, "baru sekali jadi MC otak dah jadi tak betul". Hahaha...... memang tak dapat nak berfikir dengan betul la. Sebab penat sangat. Orang kerja pun masuk kerja adalah daripada 8pg-5ptg je. Kami, 7pg-10 mlm.....hohoho...ibarat terlebih overtime. Anyway, program berjalan lancar and tahniah untuk semua yang terlibat.

Tapi dalam penat-penat tu pun, lepas habis je event terus keluar pergi jalan-jalan. Kental gila badan. Window shopping and yang malangnya, TERtengok movie yang SANGAT TAK BEST kat Malaysia ni. Filem macam tu adik i pun boleh buat ok. Masa nak pilih cerita tu i pergi la tanya kat orang kaunter tu, cerita ni pasal apa. Dia cakap pasal hantu and in english. So we thought its ok la kalau tengok je. Tapi bila masuk je, tak sempat lima minit pun, i dah tepuk dahi. macam DOKUMENTARI!!!!! Apa yang englishnya???? Mati-mati la ingat pelakon hollywod mana la kan yang berlakon. Rupanya-rupanya pelakon apa ntah, tapi rasanya bukan pelakon pun, atau tak pun pelakon yang baru nak keluar panggung, BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS!!!! Mereka BUKAN PELAKON HOLLYWOD pon!!! Hakikatnya pelakon Singapore yang berbahasa inggeris. Then, nak buat effect macam kemera berpusing-pusing la, nak buat gaya macam Gost Hunter la........HUH!!! buat pening orang lain je dan yang paling utama, BUANG DUIT orang. Kesian kat kami dan orang lain yang tertipu tu...haha. Dan yang paling utamanya, tak sempat sejam pun movie tu jalan, i dah keluar panggung. Selamat tinggal romeo.... berlakon la kau bersama sahabat-sahabat kau tu. Kesimpulannya, kalau movie tu tak ada poster yang memang korang cari dan susah nak jumpa, tak payah la gatal-gatal nak pergi tengok. Lagi 1, kalau movie yang korang nak tengok tu dah full, sabar je la, tunggu lain hari, tak rugi pun menunggu daripada buang duit and terkena macam ni. Macam mana la leh kuar kat GSC tu, pelik tol. Patut la cerita hantu tapi U (umum).

Dah, cukup la membebel pasal movie tadi tu. Title kita rahsiakan jap. Tapi ada la kaitan sikit-sikit dengan hospital. Kalau nak tau, tgoklah senarai movie sekarang. And sekarang ni, i dah start dengan L.I dekat KLIA. Fuh, 1st day pun dah penat berganda-ganda. Besar gila kot KLIA tu. 20,000 hektar luasnya (kalau tak salah la) and punya banyak department kena pergi. Kalau lah ada kaki spare.....penat je, cabut. Lepas tu tukar ngan kaki spare yang lain. Kaki yang cabut tadi bagi dia rehat jap. Pergi KLIA pukul 6.30pg, balik pukul 5ptg, tapi sampai dekat-dekat pukul 8 mlm. Huhu, tension kalau hari-hari macam tu. Patut la orang cakap, belajar lagi seronok. Ini 1st day kat tempat latihan pun dah terasa hakikat tu sebenarnya. Cepat-cepat la habis....

Ok la, stop kat sini dulu. Nanti kita sambung dengan apa yang jadi dekat KLIA tu. Macam-macam jadi sebenarnya. hihi..... bubye

0 comments:

Post a Comment