Monday, December 13, 2010

AKU...KAU

Aku tak nak tahu
Aku tak mahu mengerti
Apa sahaja yang kau bicarakan
Apa sahaja yang kau lakukan
Mahu sahaja semuanya dicampakkan
Pergi kau jauh

Fahamkah kau bahasaku?
Fahamkah kau pemikiranku?
Puas aku berjalan menjauh
Lari dari segala mata yang terus memerhati
Tidak lelahkah diri mereka?
Siapa aku pada kamu dan mereka?

Dua, tiga, mahupun seribu kata bicara kau ungkap
Beribu alasan mereka lontarkan
Cari sahaja pendengarnya
Carilah kau alasannya
Ada kau fikir aku akan fikirkannya atau tidak?
Tahukah kau?

Cari dimana sinar
Teruskan bertapak di jalanan
Mari kita lari
Atau kau teruskan jalan

1 comments:

~~ aksara ~~ said...

lari dan teruskan berlari
sampai masa kita putuskan jua
semuanya...

Post a Comment