Sunday, December 12, 2010

Disember Diarys'

Ada dua buah buku nak habiskan kali ni. JANGAN BERSEDIH dan SPELLS.

JANGAN BERSEDIH- Selamat tinggal kepada kedukaan, kesedihan, kegelisahan dan kegagalan. Motivasi untuk membawa diri yang bergelar wanita untuk bangun supaya dapat merasa hidup bahagia dengan agamanya, bersyukur dengan kurniaan Allah yang dianugerahkan kepadanya dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.


Bukan senang untuk wanita bangun setelah kecewa. Moga sisa kekuatan yang ada akan menjadi pembakar semangat dalam jiwa. Saya pun pernah gagal dalam kehidupan, apatah lagi dalam percintaan. Segala coretan yang selama ini dikongsi adalah dengan harapan akan dapat memberi semangat dan juga sedikit dorongan buat insan-insan yang turut sama merasainya. Hati tidak mahu melihat rakan-rakan terus tenggelam jauh ke dasar kemurungan.

SPELLS- Novel fantasi yang dah lama dibeli tapi hanya diselak beberapa helaian sahaja. Kenapa? Hmmm, mungkin sebab tiada mood lagi nak membaca masa tu. Tapi apa yang bakal diselongkar dalam novel ni ada kaitannya dengan kepercayaan.




0 comments:

Post a Comment