Sunday, December 19, 2010

Fikirkan untuk beribu kalinya

Andai saja kau ambil semua kertas yang ada di dunia ini
Kau kumpulkan kesemuanya
Selepas itu kau campakkan ke lautan
Meski hanya kau berharap untuk meliputi tujuh lautan
Mampukah ditukarkan laut itu menjadi daratan?
Tanah yang putih bersih
Tanpa sedikit kotoran
Bersih seperti kertas yang tiada tinta sang pena

Manakan pula pergi hidupannya?
Adakah difikirkan wujudnya?
Mana akan dihala hidupnya?
Kau kutip, kau tuang di mana-mana
Atau mungkin sahaja kau gunakan hasilnya
Habiskah semuanya?
Apa nasib bakinya?
Carikan mereka jalan kehidupan andai kedamaian yang kau ingin pinjam

Bicara sahaja tanpa usaha maka tiada makna
Mesti dicari penyelesaiannya
Suatu rencana yang direka
Begitu dalam maksudnya
Propaganda bertabur di bibir-bibir pemikir acara
Tapi usahanya lain pula yang dikerah tenaga

Kau fikirkanlah kembali
Apa maksudnya kau inginkan luasnya daratan nan putih?
Katamu ia damai
Cantik
Salju mata melihat
Namun lebih baik kau lihat untuk beribu kalinya
Kau sahaja yang bahagia atau kau mahu yang lain turut sama?


0 comments:

Post a Comment