Saturday, December 11, 2010

KLIA story

Jom sambung cerita kat KLIA hari tu. On the 1st day masuk kat Unit CDC. Ha,siapa sangka kan? Dekat KLIA pun ada pejabat kesihatan. Cik white sendiri pun tak sangka. Ada la dibawa melawat kawasan pelawat-pelawat kena kuarantin, dan most of the cases disebabkan yellow fever. Lalu sekejap kat kawasan imegresen dan laluan scanning body temperature. Ada la juga terserempak dengan 2 orang pilot..hihi..Pilot MAS. Tapi tak tertarik pon..haha. Focus dengan kerja la kononnya =p

Tapi tak leh la nak tunjuk gambar-gambar kat sini. Tak bawa kamera masa lawatan ni. Mood malas menjelma, sebab tu kamera pun ditinggalkan je kat rumah.

2nd day masuk kat kawasan kargo. Tempat packaging barang-barang. Nak eksport mayat pun boleh tau. Tapi ada la prosedur-prosedurnya yang kena dipatuhi. Kawasan yang cik white pergi ni kawasan untuk eksport bunga-bunga dan buah-buahan. Menurut kata encik yang ada kat situ, sekarang ni bunga banyak dieksport ke Jepun dan bunga-bunga tu datang daripada Cameron Higland...waaa,bangga sekejap di situ. Tapi bahagian eksport mayat tak dapat masuk la...

3rd day attach dekat KMAM pula, bahagian kualiti air. Ditunjukkan la cara pengagihan air di seluruh kawasan KLIA tu dan juga pengagihan air ke dalam pesawat. Rupa-rupanya bukan 1 syarikat je yang terlibat, ada 4 semua sekali, itu pun yang bahagian pesawat sahaja. Punya la besar management system kat sana. Berpatutan la juga dengan kawasan KLIA tu sendiri yang cukup luas.

Fakta yang paling best yang cik white dapat dekat KLIA tu ialah--------------Parking untuk pesawat, untuk tempoh 1 jam = RM 15,000.00
Walaupun lebih 1 minit masa pesawat tu kat sana, diorang kena bayar. Hoho, nasib baik la parking kereta tak macam tu. Kalau tidak, seumur hidup la kita jalan kaki.
Dan yang paling best, selang 2 ke 3 minit akan ada pesawat yang akan berlepas daripada KLIA tu. Depan-depan mata dapat tengok. Pengalaman sekali dalam seumur hidup. Daripada yang saiz paling kecil sampai yang besar tu.

Ini cuma serba ringkas je yang cik white cerita. Banyak lagi sebenarnya department yang white dah pergi. Tapi kalau nak cerita semuanya dalam ni, mungkin akan jadi novel pendek nanti, hehe... Minggu depan nak pergi Port Klang pula. Tak sabar nak cari peluang naik Star Cruise.


0 comments:

Post a Comment