Monday, December 27, 2010

Sampah dusta.

Ada satu rasa, ada satu jiwa, ada satu perasaan. Kita namakan ia PERCAYA. Kita percayakan para pemimpin manusia yang merencana rencah kehidupan. Percaya juga pada insan di sekeliling kita.

Pernahkah terfikir bagaimana wujudkan percaya?

Bagaimana untuk mewujudkan kepercayaan?

Bagaimana untuk mengekalkan rasa percaya?

dan

Bagaimana sekiranya kita sudah tidak percaya?


Kadangkala kau tahu itu dusta, tapi masih tetap ingin memaksa diri untuk menerima. Manipulasi pemikiran melebihi logika akal. Tetap memaksa untuk menerima. Katanya tidak apa andai itu tidak benar, mungkin ia akan jadi pengajaran. Sampai bilakah itu mahu berterusan? Tanya pada dirimu, apa yang kau inginkan, apa lagi yang kau ingin pertahankan???

Seronok sungguh mereka yang mempermainkan kata. Meruntuhkan rasa percaya. LUPAKAH KAMU????

Pada mula berusaha menabur janji. Berkata-kata manis. Mencipta semuanya yang indah. Sedikit demi sedikit mereka beli kepercayaanmu. Kau benarkan juga. Bukan sedikit, malahan hampir semua percaya kau beri padanya. Mereka gembira. Mereka berjaya. Tersenyum sinis di belakang kamu. Kamu tahukah itu? Kau pula masih dengan angan kau sendiri. Entah apa yang kau puaskan.

Andai ada waktu, kau bakal tersedar. Sedikit demi sedikit percaya yang kau jualkan itu mereka sampahkan. Bukan dicampak, bukan dibakar, tapi dipandang pun tidak. Hina!!!

Siapa yang bakal luluh?

Jualkanlah lagi kepercayaan dirimu itu. Aku di sini hanya mendengar untuk kamu.





0 comments:

Post a Comment