Saturday, January 22, 2011

Perjalanan hidup

Hye...hye...hye..... ASSALAMUALAIKUM!!!

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk 22 tahun dah umur Cik White. Rasa macam baru je masuk sekolah tadika pagi semalam. Teringat lagi, pagi hari pertama ke sekolah tadika, emak dengan abah hantar pergi sekolah. Pagi tu masuk kelas ok lagi, boleh la senyum sikit-sikit. Tapi cuak masuk kelas tu memang ada la dalam perut. Mata pula tak lepas pandang keluar tingkap, takut kalau-kalau kena tinggal (ye la, kot-kot emak dengan abah balik senyap-senyap). Then terleka kejap sebab tengok cikgu cantik masuk kelas. Pakai baju kebaya....hihi,ingat lagi tu. Cikgu pun perkenalkan diri dia, lepas tu dia suruh murid-murid yang lain pula beri tahu nama masing-masing. Selang dua tiga meja di sebelah kanan tempat saya duduk tu, tiba-tiba bila pandang kat luar tingkap, emak dengan abah dah hilang!!!! Waaaaaaaaaaa, apa lagi, dengan selumber je pergi lari keluar dari kelas, pergi kejar emak. Haha, nasib baik sempat. So, diorang tak dapat balik pun akhirnya, sampai la habis kelas. Dan, cik white pun sebenarnya tak sempat pun kenalkan diri dalam kelas tu. Seminggu juga la pergi kelas tadika emak temankan. Kesian kat mak. Hihi, tapi tu lah anak mak ni, manja lebih sikit time tu, kecik lagi =p

Sekarang ni tak ada teman-teman pergi kelas dah..hihi. Dah besar kena berdikari. Belajar pun jauh dah, tak duduk satu bumbung dengan emak dan abah lagi dah. Kena duduk asrama...huhu

Gambar ni at the end of 2010.
Ada gaya model iklan tak? hihi
Iye la, dulu masa kecik2 ada la juga berangan nak jadi model. Seronok tengok orang ambil gambar pakai baju cantik-cantik. Model pun cantik-cantik je orangnya.
Tapi tak ada rezeki lagi la. Buat gambar sendiri ala-ala model boleh la. Nak publish to public, hmmm, i don't think so.

Btw, dah alang-alang masuk gambar kat sini, meh saya kongsi gambar-gambar masa kecik-kecik dulu. Ceritanya macam ni sebenarnya, masa kelas kat DK 2, tengah mengemas dompet yang penuh sangat dengan resit-resit yang pelbagai tu, terkeluarlah pula gambar-gambar pasport@ic. Ada gambar dari zaman purba dulu, sampai la sekarang ni. Mula la gambar-gambar tu berjalan jap dari satu tangan ke tangan yang lain. And rasanya interesting jgk kalau kita share kat sini =p

Gambar yang ni masa darjah dua kalau tak silap la. Ambik gambar masa balik dari sekolah agama. Lencana sekolah tu tak nampak sangat.
Nama sekolah: Sekolah Rendah Agama Sg. Binjai, Meru, Klang.
Tengok je la dengan tudung yang dah senget kiri kanan tu. Tak reti lagi nak melawa.
Pakai je la apa yang emak pakaikan tu. Dari pergi sekolah, sampai la balik.
Tudung dah senget macam tu pun tak reti juga nak betulkan...haha.
Gambar ni abah yang ambik.
Excited sangat nak ambik gambar, muka comot macam mana pun, hentam saja lah.

Yang ni gambar masa tingkatan tiga.
Ambik gambar sebab nak apply untuk permohonan masuk sekolah asrama.
Muka baru lepas baik demam.
Nak tak nak, kene juga la ambik gambar ni, sebab tarikh tutup nak dekat dah.
Demam punya pasal, semua terlambat.
Tapi yang lucu tu, gambar ni lah yang digunakan juga untuk kad matrik UKM.
Haha, tengokkkk, berkurun juga gambar ni kekal digunakan.
Dari sekolah menengah (tingkatan 1) sampailah masuk UKM.
Berguna juga rupanya walaupun masa nak ambik gambar ni dulu, mood sangat lah xsuka yang amat sebab pakai baju kuning dengan tudung kuning.
Tak tau pun nak pergi ambik gambar masa tu.
Tembam betul muka!!!! waaaaaaaaaaaa, XSUKA!

Ini pula gambar ic terbaru. Tapi tak de la baru sangat.
Ambik masa year 2010.
Gaya korporat la konon... =p
Pucat giler muka dalam gambar ni...no make up. Natural beauty ok....hihi
So, ada beza tak muka dari dulu sampai sekarang?
Muka daripada sekolah rendah, sampailah masa belajar dekat universiti ni.
Gaya berubah ikut peredaran zaman, ikut umur juga.
Macam mana la agaknya kalau masih lagi pakai tudung macam darjah dua dulu tu?
Hahahahaha....leh gelak guling2 kalau fikir.



Dua gambar di atas gambar tahun ni, 2011...
New style, gadis shawl bak kata beberapa orang.
Sampaikan ada yang nampak shawl kat kedai tu pun panggil shawl tu "Naz".
Penghormatan juga tu...hehe. Jadi ikon shawl sekejap dekat KTSN. Bukan senang tu.
Orang lain pun pakai shawl juga, tapi saya yang dapat gelaran tu. (^_^)v

Diri masih berdarah melayu, cuma tudung ala-ala timur tengah.
"Cina pakai tudung."
"Anak jepun pakai tudung."
"Vietnam muslim."
Hihi.....dah lali dah ngan perkataan tu.
Terima kasih kepada yang support perkembangan fesyen yang sentiasa juga disokong oleh cik white.
"KITA KENA BERANI MENCUBA"
Itulah ayat yang saya selalu guna. Pakai la apa pun yang anda mahu, as long as sopan dan masih mengekalkan nilai wanita melayu.
Tak kan nak bertapak pada paksi yang sama je kan?


Apa-apa pun, bahagian mata ni lah yang tak boleh nak diubah.
Dari kecik sampai besar, tetap sama.
Sebab kalau orang bercakap pun akan pandang mata, perasan tak?
Sama je, anak mata pun sama je warnanya...kecuali kalau pakai contact lens berwarna tu...haha

Chill out and have fun!!! Just move on in ourlife.
Apa yang dah lepas jadikan kenangan. Diri kita adalah kita. Tak ada apa yang boleh merubah diri kita selagi kita tetap dengan pendirian kita. Dan merubah diri ke arah yang lebih baik itu perlu untuk kebaikan masa hadapan.

Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam liku-liku hidup cik white.


2 comments:

warkahsilam said...

kitaran masa sentiasa berubah seiring dengan usia..tetapi ingatlah pengalaman yg menyebabkn perbezaan bagi setiap manusia..pengalamanlah menyebabkan seseorang itu matang dan istimewa dari orang lain..ws~

white rose said...

betul...thanks warkah silam.
diri kita yang dulu yang membentuk kita yang sekarang.
bersyukur dengan rahmat tuhan... (^_^)

Post a Comment