Friday, February 11, 2011

Aku...Kamu


Andaikan saja,
Suatu waktu nanti aku bertemu kau kembali,
Aku ingin sampaikan pada kau mimpi-mimpi malamku
Pinjamkan aku sebentar sahaja pendengaranmu,
Benarkan aku mencuri sedikit masamu,
Akan ku jelaskan satu-persatu.


Aku, Kamu... Akan kita bina satu daerah,
Untuk kita sahaja.
Istana biarpun kecil,
Tapi tersergam indah,
Kerana mahligai itu kita bina dengan titik peluh kasih kita,
Angan membina keluarga di dalamnya
Kita semai benihnya
Dengan harapan akan mekar di setiap musim.

Kita tanamkan bunga-bunga cinta yang kita sukai,
Bungaan putih yang aku anggap indah,
Suci warnanya
Ibarat syurga si bidadari
Yang sentiasa mengharum dengan hiasan indah di alamnya
Kita ciptakan satu lagi syurga untuk kita berdua
Juga syurga untuk generasi kita.


Kerasnya hatiku,
Lembutnya kata-katamu,
Cukup sudah untuk melengkapi.
Bulat kataku,
Dibentuk lagi dengan panjangnya fikiranmu
Masing-masing punya ilham,
Bila bersatu,
Kau, Aku...tetap jadi satu.

Putih kasih yang awalnya tidak bercorak,
Kita warnai dengan warna-warna indah.

Sekecil-kecil peristiwa,
Sehingga sebesar memori,
Kita ciptakannya seindah-indah kenangan.


Akan aku sampaikan segalanya padamu,
Beri aku tanganmu,
Beri aku kepercayaanmu,
Akan aku bawa kita menerokai mimpi-mimpi malamku,
Yang aku janji akan ku cipta indah untukmu.


0 comments:

Post a Comment