Friday, April 1, 2011

Tenang kunci kelancaran tugas.

Bila marah, semua benda la terkeluar...huhu... Tu la yang saya nampak sekarang. Kawan mula nak salahkan kawan. Kawan mula dah nak terasa hati. Kawan juga mula dah nak tengking-menengking.

Senario biasa kalau dah kelam-kabut. I not mention this to anyone, but this is just a post to advice.

Kalau jadi ketua, kena cool walaupun dalam hati bergelodak macam gunung berapi nak meletup. Kalau sang ketua pun dah nampak serabutnya, anak-anak buah pun berkali-kali ganda la serabut. Apa yang selalu saya buat, 1st sekali, senyum dulu, lepas tu tarik nafas dalam-dalam, tenangkan dulu hati tu. Lepas tu, fikir slow2 (bukan berangan, tapi fikir dengan logiknya, bukan buat keputusan tergesa-gesa). Tanya masalah anak-anak buah, tapi kita jangan tambah masalah. Tak ada kesempurnaan pun dalam kehidupan ni. Kunci utama, SABAR, ISTIQAMAH. Dan kalau boleh, jangan tunjukkan kekacauan jiwa depan mereka. Kita sebagai ketua sebenarnya kunci kekuatan kepada semangat anak2 buah. Ada masalah, sebolehnya kalau kita nak luahkan, cari mereka yang boleh mendengar, mereka yang tidak terlibat dengan perkara yang kita kendalikan, supaya mereka itu neutral dan akan beri pandangan sebaiknya. Cari ruang sebentar untuk menyendiri, fikirkan semula kelemahan, kekuatan.

Anak buah pula, cuba jalankan tugas sebaiknya. Ada masalah, berbincang. Kalau tak dapat selesaikan juga, rujuk pada yang lebih berpengalaman. Ikut arahan, jangan pula cuba cipta arahan. Lebih senang, focus pada tugasan diberikan, dan jangan campur aduk dengan tugasan orang lain. Nak membantu itu ok, tapi selesaikan dulu kerja2 sendiri. Apa keputusan yang telah dibuat sebelumnya, tepati dengan sebaiknya. Jika ada penambahbaikan, kemukakan. Ketua anda bukan seorang yang sempurna, juga ada kekurangan. Yang kurang ditambah dan diperbetulkan, Insyaallah.

Just a simple tips from me. Atas pengalaman sebelumnya saya kongsikan sedikit pendapat. Insyaallah jika yakin pada diri, yakin pada organisasi, semuanya akan berjalan lancar. Bukan kesempurnaan yang dikejar, tapi jalankan amanah kerana tanggungjawab.

0 comments:

Post a Comment