Wednesday, June 22, 2011

Kalau lah boleh kembali jadi budak kecil semula...saya memang mahu kembali.

Hari ni 2 benda jadi...

1. Dalam kereta, dalam pukul 4.30ptg macam tu....

Saya tanya la adik yang paling kecil ni..." Nak jadi apa dah besar nanti?."
Dia jawab: " Nak jadi hantu."

JUJUR GILER budak ni......
Betul la, budak kecil susah nak menipu...dia bagi tahu apa yang dia rasa.

2. Cerita pasal adik juga. Tapi ini yang sekolah darjah 4 tu.
Balik je sekolah dia terus cari kakak dia.

"Ayong, boleh tolong tak?."

Ingatkan dia nak minta tolong apa la kan....

"Ayong tolong buatkan bintang."

============Adoi, dah lama sebenarnya berenti buat bintang-bintang ni. Last masa penghabisan cerita Gadis dan Bintang tu la.================

Berpuaka bintang ni...haha (untuk saya la, sebab ada kisahnya. Nak tahu? Baca cerita Gadis dan Bintang dalam blog ni)

Nak tak nak, buatkan la juga. Mula-mula buat 7 biji bintang je...tapi lepas dipujuk-pujuk juga, katanya cikgu suruh hantar, Redha je la. Walhal dalam hati, kisah lama kembali menjengah.


P/S: Susah sebenarnya nak luputkan ingatan yang memang dah sebati dalam diri. Kan senang kalau boleh kembali menjadi anak kecil yang berbicara tanpa perlu sembunyikan apa-apa.


Kalau lah boleh kembali jadi budak kecil semula...saya memang mahu kembali

happy kids ppt Happy Kids Design on Educational Powerpoint Template Category

0 comments:

Post a Comment