Saturday, July 16, 2011

Eratkan kasih sayang

1.       Beritahu saudara yang dicintai
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu kepadanya.” Riwayat Abu Daud dan Tarmizi. 
 

Apa lagi yang hendak dirahsiakan, didustakan dari pandangan manusia. Terus-terusan ibarat mencintai rembulan yang cintamu langsung tidak akan berbalas. Terus membisu dalam sayu.
Luahkan rasa kasih sayang pada orang yang kita sayangi. Jika terlambat menyatakan cinta, sesungguhnya ia lebih sakit daripada menanggungnya. Perasaan tenang akan datang setelah kasih dilafazkan, meskipun ia tidak dibalas seperti yang diharapkan. Setiap manusia itu diingini untuk disayangi, maka tidak salah untuk kamu menyatakan kasih sayang.  Satu perasaan yang murni tidak akan pernah salah.

2.       Berdoa untuk mereka
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang hamba Mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu.
 
Saya percaya akan penghubung manusia melalui doa yang kita panjatkan kepada Ilahi. Melalui doa kita terus kepada Sang Pencipta, dan sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihi kepada hamba-hambanya. Kita kerdil di muka bumi ini, kepadaNya kita memohon pertolongan. Doakan kebaikan, kesejahteraan, kesihatan, kebahagiaan  insan-insan yang kita kasihi. Tidak perlu dibayar, hanya kiriman doa dari sekeping hati yang ikhlas, Insyaallah akan didengar.

3.       Memberi senyuman ketika bertemu
“Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja  (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan.” Riwayat Muslim.
 
Senyum itu satu sedekah. Sejak kecil kita diajarkan kata-kata ini. Tidak susah juga untuk mempraktikkannya. Malah semakin manis wajah mereka yang sering menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Lagu juga sudah didendangkan “senyum, tak perlu kata apa-apa”. Sedang  memejamkan mata juga manusia pandai tersenyum. Permulaan untuk memulakan perhubungan, pemanis bicara dan penyeri kata, itulah senyuman.


0 comments:

Post a Comment