Tuesday, November 15, 2011

Warkah dari kejauhan

"Sudahkanlah perjalanan yang tak pernah berakhir
Satu persatu simpang aku lalui
Dari jalan yang besar hinggalah ke lorong-lorong kecil
Setiap liku ku dengar suara yang meruntun akan tangis hidup insan
Cengkaman dunia tak pernah akan lari, bahkan datang lagi mengejar
Moga akan tiba juga detik akan kutemu jalan yang menunjukkan jawapan."

Tuhanku, terima kasih kerana kau telah temukan aku satu jiwa yang mengisi kekosongan diri.
Kesabaran, air mataku, tangisku, lemah jiwaku, selalu saja Kau uji.
Aku tabah menerima Ya Tuhanku.
Ini adalah batasku sebagai seorang insan.

Andai dia tercipta buatku, Kau permudahkanlah jalan bagi kami.
Dekatkan jodoh ini.
Dalam sujudku aku memohon, tiap ketikanya, sesungguhnya aku begitu hina akan segala nikmatmu.

Kepada insan  yang namanya terukir dijiwa ini, 
Hadir dirimu adalah sinar untukku,
Terima kasih kerana hadir diduniaku,
Cantik kata terungkap, cantik lagi kasih dihati.
Yang Merindu---insan di kejauhan.


1 comments:

~~ aksara ~~ said...

amin...
hee menulis kembali :)

Post a Comment