Friday, May 11, 2012

Dilema

Dilema... Ibarat semua pun jadi tak kena. Ada yang kata, "kalau buat kerja semuanya tak menjadi, tu tandanya hidup tak diberkati". Nak percaya ke? Tapi kalau nak fikir positif, mungkin Tuhan nak uji dulu hamba-hambanya.

Antara menerima teguran, menerima kemarahan, tanpa melawan, dengan menyuara kata hati, menegakkan rasa, dan mengundang sakit di jiwa, mana satu yang lebih bermakna?

Mulut bukannya sebarangan boleh meluahkan. Silap satu kata pun boleh jadi disalahtafsirkan. Belum ditambahkan dengan cerita yang sengaja diada-adakan. Beratnya perasaan memendam rasa.

Cuma kadangkala, air mata sahaja yang boleh meringankan beban di dalam jiwa. Mulut tidak berdusta, hanya mata yang mengalirkan kata bicara.

Andai ada yang tidak memahami mengapa,  tapi biar hati yang duka dapat melepaskan sedikit luka di dalam jiwa.


0 comments:

Post a Comment