Hye2...
Post
dengan title yang agak menjengkelkan
WHY????
Situasi 1:
Org Kaya:
Dik, tadi I ada letak biskut kt meja tu, you all dah kemas ke? Baru sekejap tau
I letak kat situ, dah hilang.
Pekerja:
Sorry encik. Kami tak akan ambil makanan kalau customer ada lagi. Nanti saya
tolong tanya pada cleaner sama ada dia ada kemas ataupun tidak.
Org Kaya:
Baru sekejap je tau saya belikan makanan tu untuk anak saya. Baru letak
sekejap, dah hilang.
Pekerja:
Sabar ye encik. Kitorang tolong tanyakan.
Beberapa
minit kemudian...
Pekerja:
Encik, cleaner kami kata dia tak ada kemas apa-apa makanan kt meja tu.
Org Kaya:
Macam mana boleh tak ada makanan tu kalau tak ada orang yang ambil. Kami beli
untuk makan, ni tengok dah hilang. Tak apa lah dik, kami nak check out.
P/s: Salah
pekerja tadi tu ke? Salah si cleaner kah?
Pada aku,
makanan kau, pandai-pandai lah kau nak jaga. Dah hilang, jangan la salahkan
orang lain. Padahal orang yang si kaya ni marahkan tak nampak pun makanan yang
si kaya ni cakapkan tu.
Jangan
pandang rendah pada orang yang lagi miskin. Martabat si miskin tak hina
berbanding si kaya sekiranya si miskin itu lebih tinggi budi bahasanya.
Situasi 2:
Org Kaya:
Dik, mana tempat nak letak kasut?
Pekerja:
Encik boleh letak kat situ, di ruangan letak kasut.
Org Kaya:
Letak kat sini je ke? Kalau hilang kasut saya macam mana? Bercampur dengan
kasut orang lain lagi.
Pekerja:
Encik, itu sahaja tempat yang kami khaskan untuk orang dewasa letak kasut.
Tempat kasut yang di dalam hanya untuk customer, itupun kasut kanak-kanak
sahaja.
Org Kaya:
Kalau saya letak kat sini, kalau hilang macam mana? You all nak ganti???
(Dengan nada yang tinggi, mata bulat terbeliak...) p/s: garang la tu konon
Pekerja:
Maaf encik, itu bukan di dalam kawalan kami.
P/s: Perlu
ke nak bertekak lidah pasal kasut? Kalau orang lain boleh terima peraturan yang
ada, kenapa si encik ni tadi tak boleh nak ikut?
Adoi,
kasut dari alam ghaib kah yang encik itu pakai? Ataupun kasut daripada Syurga?
(Maaf, aku tau syurga tak patut dibandingkan di sini, tapi hanya ingin
menggambarkan betapa 'istimewanya' kasut si kaya tadi)
Helloooooooooooo.......................
WHO R U Encik?
Cukup la
rasanya tunjuk 2 situasi je. Kalau lebih2 nanti, dah macam buku ORANG KAYA
BERLAGAK. Ni cuma post biasa je.
Untuk
orang-orang kaya kat luar tu, kaya budi bahasa lagi dipandang tinggi. Manusia
macam aku ni, tak perlu pun manusia kaya yang macam kau.
Kekayaan
tu Tuhan yang bagi. DIA yang Maha Kaya. Kau lagi kaya ke???? Cer jawab

0 comments:
Post a Comment