Sunday, June 27, 2010

HADIAH HARI LAHIR (final)

Adikku yang sejak tadi duduk diam membisu akhirnya bangun juga dari tempat duduknya. Entah kemana aku pun tak tahu. Aku biarkan sahaja.

"Kenapa kau tak bagi tahu Afiq ada datang jumpa kau semula Emi?" Fadil datang mendekati aku. Lama juga aku mendiamkan diri sebelum menjawab semula pertanyaannya itu.

"Aku cuma tak nak ganggu kau. Kali ni biar aku berdikari."

"Kau masih sayangkan dia?"

"Siapa?"

"Afiq."

"Kenapa...?" Lama juga tatapannya singgah di wajahku. Aku tak tahu apa di fikirannya. Riak wajah, gerak laku, nada suaranya, lain, tidak seperti selalu.

"Emi, tak pe lah. Maafkan aku, aku dah dengar segalanya antara kau dan Afiq tadi. Maafkan aku sekali lagi. Ni, aku ada sesuatu untuk kau. Bukalah. Aku minta diri dulu. Selamat malam." Aku merenung bungkusan yang diberikan oleh Fadil. Perlahanku membukanya. Sekuntum bunga, terletak rapi dalam kotak yang dihias cantik. Lily of the Valley...lambang kelembutan, kebahagiaan, pelengkap hidup.

Inilah hadiah yang aku pilih untuk hadiah hari jadi kawan Fadil. Adakah aku...? Debaran yang aku rasakan semakin kuat bertandang. Nasib baik juga aku sempat mengejar Fadil yang ketika itu sedang menuju ke keretanya untuk pulang.

"Apa maknanya Fadil?"

"Emi, kau tak rasa ke apa yang aku rasa?"

Aku hanya tersenyum.

" Kau rasa apa? Manis, masam atau pahit? Ataupun kau lapar sekarang ni?" Kah...kah..kah..berderai juga gelak tawa kami.

"Aku serius la Emi. Kau ni memang suka main-main kan. Dah lama aku simpan perasaan aku, semenjak kau bersama Afiq lagi."

"Kenapa baru sekarang kau beri tahu aku semua ni?"

"Aku perlukan kekuatan untuk menerima apa sahaja keputusan dari kau. Aku juga lebih sanggup lihat kau bahagia bersama Afiq sekiranya itu yang terbaik untuk kau. Kebahagiaan kau lebih penting untuk aku utamakan. Aku sayangkan kau Emi."

Dia kembali menatap wajahku. Lama mata kami bersatu. Ada getaran yang hebat di hati.

"Kau terima?"

Senyuman ku ukirkan sebagai tanda jawapan. Malam yang indah semakin indah kurasakan. Bintang di langit juga ku rasa seolah-olah memberikan ucapan kebahagiaan untukku. Hadiah paling berharga di hari jadiku, hati dan kasih sayangmu Fadil!.

*TAMAT...

0 comments:

Post a Comment