Saturday, July 17, 2010

SEKECIL TAUTAN. SELAUTAN HAMPARAN KENANGAN


Pernahkah suatu ketika anda duduk berseorangan, menghadapi kesedihan?

Memikirkan...

Masa yang telah berlalu.

Kenangan lampau.

Memori semalam.

Yang sekiranya disimpulkan tidak pernah terluah pun dengan kata.

Pernahkah anda tersenyum sendiri apabila asyik membaca pesanan2 di telefon bimbit anda?

Apatah lagi sekiranya ia datang dari yang teristimewa.

Biarpun sudah berabad lamanya ia tersimpan, walau sekadar seringkas-ringkas pesanan, hakikatnya ia tetap membahagiakan.

Pernahkah anda tersedar?

Walaupun sebenarnya si pengirim tidak pernah pun tahu akan rasa anda itu?

Bayangkan, anda duduk seorangan bertemankan hadiah2 yang anda hargai.

Hadiah2 yang cukup memberi makna, sungguh beerti bagi anda.

Tetapi, pernahkah anda bayangkan, seandainya si pemberi tidak lagi dapat ditemui?

Apakah pengertian bersama hadiah2 tersebut masih lagi sama seperti mana saat sebelumnya?

Adakah kita pernah menjangkakan kata2 yang hanya menjadi mainan di bibir kadangkala akan berubah menjadi kenyataan?

Adakah juga ikatan yang terjalin semenjak kecil akan terus kekal sehingga dewasa?

Adakah segala memori akan menguatkan jalinan ini?

Ataupun kesusahan akan mengait tautan kembali?

Hakikatnya, inilah kehidupan.

Kita tidak akan pernah sedar, bahkan kadangkala terleka

bahwa bukan selamanya semua akan terus bersama.


0 comments:

Post a Comment