Tuesday, June 8, 2010

HADIAH HARI LAHIR (part V)

"Hmm... Ada orang nak jumpa kau. Dia tunggu dekat tepi kolam sana tu." Aku tertanya siapa pula lah yang ingin berjumpa dengan aku. Kenapa tidak dia sendiri yang datang jumpa aku di sini? Aku dan Fadil melangkah mendekati orang yang disebutkannya tadi.

"Abang? Macam mana abang ada kat sini?" Afiq memandang aku dan Fadil silih berganti. Tetapi selepas itu Fadil pergi dari tempat tersebut, mungkin untuk memberikan ruang kepada aku dan Afiq. Kehadiran Afiq tidak ku duga. Setelah dua tahun terpisah, Afiq masih lagi sama seperti dahulu, masih lagi kacak di mataku.

"Abang nak jumpa Emi. Boleh kita bincang sesuatu?" Dia bersuara tenang. Ahh, ini lah lelaki. Apakah dia sudah lupa dengan apa yang telah dilakukannya dahulu? Segala keterlukaan dan kekecawaan yang dihadiahkannya pada aku dahulu.

"Ok... Sekarang abang boleh bagi tahu apa yang abang nak bincangkan dengan Emi. Emi sedia mendengarnya." Lama dia terdiam.

"Tak bolehkah Emi maafkan abang dan terima abang semula. Abang masih sayangkan Emi." Aku hanya memandang wajah Afiq tanpa sebarang perasaan. Jiwaku kosong!

"Kasih sayang apa lagi yang abang maksudkan? Kasih sayang abang hanya membuatkan Emi terseksa.Cukuplah kasih sayang abang selama 2 tahun kita bersama. Abang dah lupa ke dengan apa yang abang dah buat? Abang tinggalkan Emi tanpa berita, abang senyapkan diri. Abang tinggalkan Emi dan pergi dengan orang lain. Emi sabar tunggu abang dengan harapan abang akan kembali kepada Emi. Emi tepis semua kata-kata orang lain. Emi yakinkan diri Emi untuk tunggu abang. Tapi sabar Emi pun ada batasnya juga abang. Emi sedar diri Emi siapa, sedangkan abang..." Aku cuba menahan sebak kerana teringatkan apa yang aku lalui setelah Afiq memutuskan ikatan kami tanpa sebab.

"Abang menyesal! Abang tak pernah bahagia bersama Nadia. Emi... berilah abang peluang untuk menebus dosa abang."

"Abang tak berdosa pada Emi. Cuma tiada jodoh antara kita. Jika sebelum ni Emi mampu teruskan hidup Emi untuk menjadi yang lebih baik, Emi yakin abang juga boleh. Abang kembalilah kepada Nadia. Kalau abang inginkan kebahagiaan dalam kehidupan, abang kena cari. Bimbinglah Nadia. Insya Allah, Emi percaya dia akan menjadi teman hidup yang baik untuk abang." Lama Afiq menatap wajahku. Aku cuba berlagak selamba, aku kuatkan juga diriku untuk meneruskan kata-kataku walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Walau apa pun yang berlaku, tidak mungkin aku akan menerima Afiq semula.

"Terima kasih Emi. Abang memang jahil dalam menilai erti kasih yang sebenar. Tapi abang bangga kerana Emi masih seorang wanita yang tabah. Maafkan abang sekali lagi." Air mataku jatuh mengenangkan apa yang berlaku antara kami. Namun aku lega kerana semua ini telah selesai. Aku yakin dengan diriku. Jika sebelum ini aku mampu bangun atas kakiku sendiri selepas kekecewaan yang aku alami, aku juga yakin aku mampu mengemudi hidupku walaupun tanpa Afiq bersamaku.

"Jangan bimbang Afiq, aku akan pastikan Emi menemui kebahagiaannya." Selamba adikku Sharul bersuara. Sejak bila dia berada di samping aku pun aku tidak sedar. Aku yakin dia nampak aku menitiskan air mata tadi. Pandai juga dia berlakon untuk menyelamatkan aku dari terus-terusan berada dalam situasi ini.

Afiq beredar setelah mengucapkan selamat harijadi untuk aku. Ingat juga dia pada tarikh hari ini. Sharul pula masih lagi duduk disisiku, membiarkan aku melayan perasaan. Sekurang-kurangnya aku lega. Persoalan aku dengan Afiq selesai.


*BERSAMBUNG.....
apakah kesudahannya???


0 comments:

Post a Comment