Tuesday, June 1, 2010

HADIAH HARI LAHIR (part IV)


Pagi ini aku menerima kiriman jambangan bunga daripada seseorang. Tersenyum-senyum
ahli keluargaku ketika aku menyambut hadiah tersebut. Aku sangkakan daripada mereka,
tapi sangkaanku meleset.

'HAPPY BIRTHDAY EMILYA SAFIA- Fadil'

Sejambak ros putih, kiriman di pagi hari. Wah! Bunga kesukaan aku. Aku sendiri tidak ingat hari ini adalah hari lahirku.

"Thanks Fadil. Aku sendiri pun terlupa hari ni my birthday." Ucapku ketika aku menelefonnya setelah mengetahui dialah pengirim bunga tadi. Fadil ku jemput untuk sama-sama bersarapan dengan keluargaku. Selepas bersarapan, kami keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan Desaru. Keluargaku tidak ikut serta kerana katanya mereka ingin membuat persiapan bagi majlis ulang tahunku pada malam ini.

"Sudah tua aku rupanya." Terkeluar rintihan dari bibirku.

"Apa dia Emi... kau kata kau dah tua." Tidak ku sangka Fadil terdengar apa yang aku
katakan tadi.

"23 tahun! Boleh dikatakan tua juga la. Tapi muda sikit daripada kau. Haha..."

"Sedar pun kau dah tua. Boleh kahwin dah la ni."

"Kalau lah aku boleh kahwin, esok pun aku setuju je kalau aku dah ada calon yang boleh
aku jadikan suami."

"Betul ke Emi?"

"Eh... Kau pula yang excited ni kenapa? Aku main-main aje la. Nak kahwin esok konon, pakwe pun aku tak ada. Kau tu yang patutnya kahwin dulu. Umur dah 24 tahun. Boleh sangat la dah kalau kau nak bertunang ke apa. Kumpul-kumpul duit ke."

"Aku tunggu girl aku la ni. Kalau dia dah bagi lampu hijau, on la." Ceria betul suara Fadil. Maklumlah. Tapi aku pula macam mana? Dapatkah aku merasai kebahagiaan setelah apa
yang berlaku antara aku dan Afiq. Aku terpaksa menerima hakikat sekali lagi aku akan merasa kehilangan dan sekali lagi aku bakal ditinggalkan. Lewat tengah hari baru aku pulang ke bilik. Aku ingin mendamaikan perasaan aku yang kembali berserabut.


Suasana malam ini cukup meriah dengan kehadiran tetamu yang kunjung datang untuk bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiranku. Sambutan kali ini agak berbeza sedikit
kerana kami meraikannya jauh dari kediaman kami dan aku meraikannya seorang diri, tanpa kehadiran Afiq di sisiku. Aku merasa sungguh keseorangan walaupun di kiri kananku penuh dengan kehadiran manusia lainnya.

"Apa termenung lagi ni? Jom makan." Aku sekadar mengangguk dan mengikut sahaja Fadil. Seketika kemudian telefon bimbitnya pula berbunyi. Entah siapa pemanggilnya pun aku tidak tahu. Tapi dengan gaya Fadil yang sekejap tersenyum, sekejap ketawa, aku tahu, pemanggil tersebut semestinya seorang yang istimewa. Aku hanya terus melangkah ke arah keluargaku, memberi ruang kepada Fadil untuk berbicara dengan pemanggilnya. Sekali lagi aku rasakan ada kekosongan dalam diriku. Apakah aku turut merasa cemburu? Ah, itu tidak mungkin... Fadil itu sahabat aku yang paling rapat, tidak mungkin aku akan merasa sesuatu yang lain dalam perhubungan kami ini. Majlis malam ini berjalan dengan sangat meriah dengan kehadiran kawan-kawanku serta sahabat-sahabat orang tuaku. Diakhir majlis, Fadil datang mendekatiku.

"Kenapa Fadil? Ada yang tak kena ke?" Dia menggeleng.

*BERSAMBUNG...


0 comments:

Post a Comment