Saturday, July 17, 2010

GADIS dan BINTANG


telah lahir seorang gadis
yang punyai impian dan angan sama seperti insan seusianya
punyai angan untuk memiliki cinta
kerana
dalam hatinya
ada insan yang bertakhta

namun
impian dan angannya hanya dalam hati
tidak dapat dizahirkan mahupun diluahkan
kerana impian dan angannya itu bukanlah miliknya

tika malamnya pula
si gadis suka melihat bintang-bintang
cantik dan indah bertaburan di langit gelap
secantik dan seindah impian yang disulamnya

dalam waktu tidurnya
ketika si gadis sukar melelapkan mata
tangan halusnya asyik menganyam kertas-kertas kecil membentuk bintang
bintang yang setiap satunya membawa seribu satu harapan yang selama ini dipendamnya dalam hati
kerana dia tahu
hanya bintang-bintang kecil itu yang menjadi penemannya dikala sepi

hakikatnya sama jika dilihat
bintang di langit
cantik
indah bersinar
tetapi kecantikan dan keindahan bintang
tidak mampu untuk dipunyai
sama seperti impian si gadis
impiannya hanya tinggal impian
tidak mampu dimiliki..

setiap satu bintang akan membawa berjuta harapan yang tidak akan pernah dapat diungkapkan.

"seuntai kata terucap dari jiwa
seulas senyum memberi pesona
ku alun nada tapi tak bersuara
hanya dalam tulisan
ku ungkap isi jiwa"

0 comments:

Post a Comment