Saturday, July 17, 2010

DIALOG CINTA ZAMAN SAINS DAN TEKNOLOGI

ROMEO: Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi dengan isipadu jantungku. Masihkah engkau tidak membuat sebarang anggapan?

JULIET: Aku tidak percaya kepadamu kerana engkau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian keatas diriku.

ROMEO: Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

JULIET: Tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

ROMEO: Tapi cintaku kepadamu adalah pemalar.

JULIET: Aku masih belum mengertilagi kerana kesimpulan yang kau berikan masih belum lagi sahih.

ROMEO: Tapi mengamalkan hukum Newton ketiga dimana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang engkau berikan.

JULIET: Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa engkau adalah random yang mempunyai janji-janji manis yang berserah secara rawak.

ROMEO: Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pancaran dan perolakan!

JULIET: Tetapi kenapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

ROMEO: Aku harus menggunakan boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

JULIET: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

ROMEO: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan mengggunakan mikroskop cahaya.

JULIET: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya!

ROMEO: Nampaknya kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

JULIET: Tapi aku telah memberi cintaku dalam magnitude an arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

ROMEO: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

JULIET: Itu semua boleh diabaikan. Yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

ROMEO: Kau harus bersabar kerana sabar itu 0.5 daripada iman.

JULIET: Tapi imanku adalah infiniti!

ROMEO: Aku tidak fikir iman kau adalah infiniti kerana kau belum mendarabnya dengan 6.02 x 10^23.

JULIET: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara, kau juga yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis!

ROMEO: Aku sekarang bukan aku yang dulu. Aku telah mengalami plasmolisis!

JULIET: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.


0 comments:

Post a Comment