Wednesday, October 6, 2010

masihkah ada...

berbicara sendirian kala malam menjelma
jauh di ufuk timur bintangku menyapa
indah singgahsananya terlihat di mata
jauh
tidak sekali mampu untuk mencapai
teruslah hadir jika malamku indah
andai mendung menyapa, akan dinanti juga hadirnya
berjuta kerlipan bakal terlihat
setiap satu menyapa si pujangga nusantara
mahukah dirimu membawa satu antara kami pulang ke asalmu?
jikalau didengar katanya itu, termampukah diri si insan untuk memberi sinaran gemilang?
suara tangisan dirinya tidak akan terdengar
begitu juga rasa merindu insan yang melihat
keduanya jauh untuk ditemukan bagi merungkai bicara
tidak akan mungkin di realiti
terusnya bertapak di alam mimpi
puja-pujaan dari pujangga
mengungkap kata yang mahu berbicara
butir kata semanis makna rasa
berbeza makna dalam pelbagai jiwa

0 comments:

Post a Comment