Saturday, October 2, 2010

tinta...

hening gemalai dari ufuk dua lagenda
mencipta cerita dua kalbu
tiada bercerita, tiadanya kata
sayup bicara bisikan kemaafan membisik ke jiwa

untuk sang hati yang setia mendampingi
datang nya bukan kerana pergi
tetapi untuk sesuatu yang mencari
di suatu sudut
terperi
di tepian, terpinggirnya diri
namun hati itu tetap masih mencari
adakah akan pergi sang sepi?
ataukah masih utuhnya sang peri?
manakah akan mencari?
masihkah terus-terusan di sini
ataupun meniti titian bayangan sendiri.

samar kadangkala kelihatan
cahaya yang masih tidak mahu mendatang
teruskan lagi mencari
sejenak terdiam sang tinta
memikirkan indahnya alam ciptaan yang esa
hakiki terlalu agung untuk dirinya
jatuh semakin akan terjatuh
jika ke arus teruskah begitu?
tercampak jauh di suatu sudut
moga ada zarah yang serupa
namun diri biar berbeza

lagenda dari khayalan
mari bersama mengembara
kenyalangnya sungguh indah
tenang si sepi kala nan malam
damai cerita sang bayu
moga kalian membawa berita maaf dariku
pada satu daerah disitu.

0 comments:

Post a Comment