Saturday, October 23, 2010

shawl

Entry yg ni lah yg dah sebabkan white terlupa email tu. Nak cerita pasal shawl. Punya la excited!
Dah lama sebenarnya tak update pasal pemakaian shawl ni. Dulu masa mula-mula keluar, rajin la pergi beli, pastu pakai segala macam jenis shawl. Sekarang ni, patah balik juga kat tudung biasa tu. Simple.

Ingat tak mula2 dulu masa tudung Siti keluar kat pasaran? Tudung ala-ala main sangkut kat kepala tu je. Yang tu pun ada juga dlam almari. Tapi pakai tak lama pun. Asik jatuh je keje,last2 duduk la dia dalam almari tu je. Tengok Dato' Siti pakai cantik je kan? Tu la yang tertarik nak beli jgk tu.

Lepas tu keluar pulak tudung 'berbumbung' (yang ni tiru ayat adik white). Tudung indon la lebih senang cerita. Tudung ni emak2 memang minat habis. Diorang cakap senang nak pakai. Sarung je, dah cantik atas kepala. Tak caya? Try la. Kakak cafe kat KTSN ni pun boleh katakan semua la pakai tudung jenis ni. Macam2 jenis ada. Yg kosong, bercorak, berbunga-bunga, yg kain bertingkat-tingkat pun ada. Paling best kalau guna time joging dan waktu aktiviti lasak la. Buat la aksi hyper atau atromen macam mana pun, cantik je die dok kat kepala tu. =p


Trend terbaru, tudung ala2 Timur Tengah, area pak arab ngan minah arab duduk tu. Selendang macam2 warna ditambah lagi dengan anak tudung yang tak kurang cute. Dulu masa mula2 masuk tak ramai yang berani gayakan, tapi sekarang, jalan je then tgok kiri kanan, paling kurang pun ada la 2, 3 orang yang pakai style ni. Sesiapa yang sukakan shawl, mesti cuba.


Ni la dia perkembangan fesyen kat Malaysia. Tak kurang dengan baju, tudung pun dah boleh jadi macam2 bentuk. Ikut selera individu je lagi nak kekal dengan gaya lama atau berubah ikut peredaran zaman. Tapi yang penting, bergayalah ikut kesesuaian dan masih mengekalkan nilai2 kesopanan adat ketimuran.
*Nak cuba pakai style minah arab ni la pulak..hehe

0 comments:

Post a Comment