Thursday, November 25, 2010

Krim Muka

Cik Yin, cukup suka memerhatikan kakaknya. Suatu malam dia melihat kakaknya sedang menyapu krim pembersih dan kecantikan pada wajahnya. Macam-macam soalan yang ditanyakan oleh Cik Yin kepada kakaknya.

Cik Yin: Kakak sapu apa kat muka tu?
Kakak: Krim muka.
Cik Yin: Kenapa nak sapu krim muka?
Kakak: Untuk kecantikan muka. Kakak tengah cuba untuk cantikkan muka kakak.

Tidak lama selepas itu, kakaknya membasuh krim yang terdapat pada mukanya itu. Kehairanan lah Cik Yin. Jadi dia pun bertanya pada kakaknya.

Cik Yin: Kenapa kakak basuh krim yang ada pada muka kakak tu? Tadi kata nak cantikkan muka kakak. Tapi sekarang dah putus asa kah sebab adik tak nampak sebarang perubahan pun pada muka kakak.



0 comments:

Post a Comment