Thursday, January 6, 2011

Andai semua di curi,mampukah lagi aku?

Bagaimana nak kau ungkapkan kata yang kau tahu kau memang rasa
Kau tahu apa kau alami
Kau tahu apa kau inginkan
Tapi masih berat juga lidahmu ingin berganjak menuturkan nada kata
Tersusun dalam kepala
Diubah suai ritmanya dalam jiwa
Cantik bunyi andai turut sama dengan puitis emosi

Bukan sahaja kau begitu
malahan juga dengan aku
Bukan tidak pandai aku untuk berbicara
Lidah aku sudah dicuri oleh sang petualang
Entah di mana disorokkannya
Aku dihalang untuk menyampaikan kata-kataku
Busuk betul hatinya hingga sanggup menghilangkan nikmatku untuk berkata-kata
Diam terus tanpa anggota yang membenarkan aku bersuara
Anak tekak sudah hilang lidahnya

Namun aku masih punya mata untuk melihat
Masih punya tangan untuk aku menulis apa yang aku rasakan
Masih punyai jiwa untuk aku merasa erti perasaan yang pelbagai
Tapi andai saja suatu waktu nanti jantung ku pula yang dicuri, dibuang entah kemana
Sehinggakan ingin membeli ganti di kedai pun sudah tiada
Tambahan dengan penjual yang tidak memahami kata isyaratku
Kerna aku sudah lagi tidak mampu berkata-kata
Lain aku minta, lain diberinya
Aku minta jantung, diberinya kaki
Aku minta lagi jantung, diberinya pula telinga
Sampai kedai kesemuanya tutup pun aku masih tidak mendapatkan jantung lain untuk menggantikan yang telah hilang
Apa akan dapat aku rasai lagi apa yang aku rasakan dikala ini?

Selagi masih sempat waktu
Dan selagi aku masih ada kesemua anggota di badanku ini
Aku ingin sampaikan kepada semua yang ada apa sahaja yang aku rasakan.
Pabila nanti kita bertemu, kau dengarkanlah kata-kataku selagi aku masih punya lidah
Kau dengarkanlah perasaanku selagi ku punya jantung.


0 comments:

Post a Comment