Monday, January 10, 2011

Bagus sangat???

Salam sejahtera, salam blogger...well, baik sikit pembuka kata, bagi salam itu indah, cara merapatkan hubungan sesama insan. Kan? Rasanya semua pun akan setuju. Cnfrm semua akan suka kalau berjumpa je kita senyum, tunjuk muka yang manis, dan bagi sapaan yang sopan. Itu kalau mereka yang sememangnya ikhlas hatinya, tak berpura-pura. Kalau senyum pun tak ikhlas, pahala untuk sedekah senyum yang diberi tu melayang macam tu je. Kalau orang tau hati si penipu ni, orang menyampah tau.

Ada sebabnya kenapa kali ni saya ceritakan pasal senyum, salam, dan sapaan.
Pernah tak korang kena jeling dengan tiba-tiba? Entah apa salahnya. Bukan kata nak senyum, nampak je muka korang, terus manusia tu bagi jelingan maut. Apa rasa? Mesti sakit hati kan. Seronok sangat ke jeling-jeling tu? Excercise mata ke kak?!!! Cantik sangat ke mata tu nak jeling-jeling orang? Ke tengah practice untuk uji bakat ratu jeling sedunia? Haha, atau sebenarnya mata tu silau tengok orang lain lebih sikit, sebab tu main jeling-jeling. Kalau tengok betul-betul, buta pula lah mata tu nanti. Betul tak?????????????

(Gaya tulisan memang macam orang tengah tak puas hati.)

Tapi memang betul lah. Saya memang tak faham dengan orang yang macam tu. Kita senyum kat dia, dia jeling. Itu baru mata dia je. Kalau tambah dengan mulutnya yang memang tak berapa nak wangi, ibarat disembur apa jenis minyak wangi pun memang tak akan elok punya, boleh ke orang lain tahan? Kita tak perasan dia lalu pun, tapi bila sampai je dia sebelah kita, dia jeling, apa kes tu?!

So dalam andaian mereka-mereka yang lainnya, manusia seperti itu, suka jeling-menjeling adalah di sebabkan kerana:

TAK BOLEH NAK TENGOK ORANG LAIN LEBIH SIKIT DARIPADA DIA.

Dan yang paling utama, sudah semestinya,

HATI BUSUK LAH KAU!!!!!!!!!!

Puteri-puteri dalam cerita khayalan, macam cinderella dan snow white tu, mana pernah nak dengki dengan orang lain. Sebab tu dia tak main jeling-jeling ni. Eeeeeeeeeeeeeeeee, macam budak-budak yang sangat la tak matang ok. Elok je si puteri tu bersahabat dengan orang lain. Thats why la i said manusia yang di nyatakan di dalam cerita ni berhati busuk.

OK, cuba fikir ye, kenapa manusia boleh bergaduh sesama manusia? Sebab dihasut dengan nafsu yang tak pernah puas. Dan lagi teruk bila di-provoke dengan alasan-alasan yang tak munasabah. Lagi-lagi dalam zaman macam ni, bila harga diri seseorang cuba dijatuhkan, sudah semestinya orang tu melawan balik. Orang kata diam tak bererti kalah. Tapi kalau asyik berdiam je, sampai bila nak tamat? Sampai bila nak ditekan je maruah , diperkotak-katikkan? Orang yang menindas tentu lah rasa seronok bila dia rasa dia berkuasa sebab tidak ada yang melawan. Api diberi minyak, makin menyala la api tu. Sebab tu dunia ni pun wujud elemen air, untuk mengawal sang api. Cuma wujudnya dimana, itu yang di atas yang menentukannya.





0 comments:

Post a Comment