Sunday, April 24, 2011

Bila Binggung Ditinggalkan.

Assalamualaikum, hai semua. Hari ni dah Ahad, esok dah last paper utk final exam ni. Tapi tak de mood pun nak study. Dari tadi asyik ulang2 je lagu Awi Rafael-pulanglah. Paling suka ayat 1 ni>> AKU DAH BINGUNG...haha.

Lagu ni lagu cinta, tunggu cinta dia la kot rasanya. Tunggu dari Monday,Tuesday, Wednesday and bla...bla...bla... Memang la bingung kalau asyik menunggu je kan?

Siapa pernah rasa macam tu? Siapa yang tak pernah rasa? Btw, cik white pernah rasa 2 kali! Nak ulang lagi sekali, 2 KALI!!!

Memang bingung la. Menunggu je la dari minit kepada jam, dari jam berganti pulak hari, lepas tu jadi berminggu-minggu. Nak kata macam mana? Mula2 tu memang la sedih. Macam kena campak dari atas puncak KLCC tu haa...Sebabnyer org pun tak tahu kenapa....Walaweyh, hati sial tol manusia yang buat macam tu tau tak. (Harap maklum perkataan sial ni hanya utk manusia 2 ekor tu je). Lepas dah lama2, tak ada maknanya dah nak sedih, Marah membuak-buak pulak yang muncul dalam hati ni. Rasa nak sunatkan je lagi sekali...bagi hilang terus lelaki tu. Perangai macam S****...................

Orang kata jangan percaya sangat kata2 buaya ni...muka je nampak baik. Manusia yang spesies macam ni senang je nak kenal dah, 1st masa nak jumpa and ajak keluar sume, memang baik giler babi la...macam khinzir dah...(hoooo,sorry ayat sgt sentap). Sanggup je berhabis masa, berhabis duit utk korg. Busy tahap mana pun sanggup aje weyh. Kalau korg perempuan pandai, be like them! Diorg player, korg bagi lagi double kat mamat2 ni. Siyes tgh geram ni. So jangan nak salahkan kalau ada yang balas dendam balik kat manusia2 macam tu.

Tengok je la...lepas beberapa bulan, agak2 korg atau dia tu haa, yang sememangnya dah bosan, sekelip mata je hilang ntah ke mana. Alasan pertama yang akan diberi biasanya, busy sket la...then nak masa untuk diri sendiri. Lepas tu lesap! Bukan sy je yang dah alami benda ni, ada juga orang lain yang kena. Biar lah kau...pandai2 la nak idup uruskan diri sendiri. 
Tapi yang paling cik white tak boleh tahan kalau hilang, pastu datang balik, then suka2 hati, kepala otak dia nak menghilang semula. Dia ingat orang yang selama ni tunggu dia tu babu dia ke? kuli? tempat melepaskan kesah? Hoi manusia, hati letak mana ha?!

Bila dia suka, dia layan la orang tu. Kalau tak nak dah main tinggal. Hohoho.....siapa la tu kan? Maaflah kalau ada yang ter-tahu siapa yang sy maksudkan. Sy cuma tak suka dengan apa yang dia buat tu.

Mereka2 ni, bg sy sama je. Cuma pentingkan diri sendiri. Pentingkan kepuasan diri sendiri je. And mereka sangat suka mainkan perasaan orang lain. Suka tengok orang lain terseksa sebab diorg. Tapi muka bukan 'hand-some' sgt pon. Apa kat hati dah terserlah kat muka la tu. Hati buruk, muka pun sama *****.
So, apa nak buat?

First of all...kunci utama, Tenangkan diri...apa2 benda pun tak akan menjadi kalau kita marah or sedih. Lepas tu fikirkan next strategi...manusia tu biarkan je dia dengan hidup jahanam dia. Nak kembali semula? Jangan la ok. Banyak lagi manusia berhati tulus kat luar sana tu.
Perbaiki kelemahan diri. Bagi dia menyesal sebab tinggalkan korg. Buka mata, pandang ke hadapan. Rancang baik2 masa depan. Buat target yang tertinggi yang mungkin korg capai. At least, ni boleh jadi motivasi untuk diri sendiri untuk teruskan kehidupan.

Apa2 je kenangan antara kamu dan dia, campak, buang jauh2. Apa je yang kat laptop tu, yang boleh buat korg ingat kat dia, delete je. Tak payah nak dikenang. Memang la orang kata tu kenangan, tapi buat apa nak diingat lagi benda lepas. Tak berharga pun kenangan tu untuk masa depan. Kalau dah buang, kita pun tak sedih kalau tetibe teringat. Senang sikit nak lupa dalam memori kepala tu.



  

Kalau rasa nak jadi lagi cantik, tu lagi bagus! Ubahlah penampilan diri jadi lebih baik.Mana tau dapat si pujangga hati yang lebih bertanggungjawab dan lebih mulia hatinya. Kita tersalah jumpa cinta sebelum ini mungkin untuk kita menjumpai cinta yang abadi selepas ni.

Sekarang ni, Sebelum nak teruskan apa2 hubungan yang lebih serius, kenal lah dulu hati budi orang tu. One of my friend pesan, kalau kita cepat sangat mulakan sesuatu, cepat juga la ia akan berakhir. Ye, sekarang saya akui benda tu, sebab itu la apa yang saya nampak dan saya alami. Tak pe, walaupun ambik masa bertahun, berbelas tahun sekalipun, sebab apa yang diakhirnya itu yang kita harapkan untuk menjadi detik indah. Jika keduanya ikhlas, ada jalannya walau bagaiamana pun cabarannya.

p/s: Saya nak kenal sorang kawan saya ni, saya nak kenal hati dia luar dalam. Walaupun dah lama kenal, tapi saya rasa saya masih kerdil dalam mengenali hati seorang insan. Saya nak minta maaf kat dia, saya ambik masa berbelas tahun untuk kembali semula ke masa lampau, untuk bermula semula. Dan terima kasih kerana bersabar dengan karenah dan situasi saya. Saya sayang awak.

1 comments:

Anonymous said...

sabar ye cik white... sama ada perkara buruk or baik y kte alami adalah ujian dari YG MAHA ESA.. sentiasa melakukan solat istiqarah utk mndpt pntunjuk dri Allah.. InsyaAllah, cik white akan d temukan dgn insan y lebih sempurana dri sebelumnya.. smile always k..=)

Post a Comment