Tuesday, April 19, 2011

Manusia yang takut kepada malapetaka yang dicipta sendiri.

Tengah baca notes law pun leh jumpa puisi...heee.
Lectrurer la yang masukkan dalam nota. Meh cik white share dengan korang semua.

Terdapat makhluk di muka bumi / alam ini
Makhluk ini termasuk manusia dan benda2 lain
sebagai contoh
Ada satu species. (species x)

Species X (manusia)

Himpunkan semua manusia
Himpunan manusia
Membentuk populasi/ masyarakat/ penduduk

Himpunkan makhluk di muka bumi ini
Gabungkan species dan lain2 benda termasuk yang tak bernyawa
Gabungan ini bergantung antara satu sama lain lalu membentuk ekosistem

Species manusia
Hidup dan ada kehidupan
Kehidupannya bergantung kepada alam sekitarnya
Gunakan sesuatu
Menghasilkan buangan
Buang ke alam sekeliling

Kalau seorang buang barang
Alam sekitar mampu menanganinya
Kalau semua manusia hasilkan buangan
Tak ada tempat nak buang
Ini akan menjejaskan ekosistem
Ekosistem terganggu
Alam sekitar turut terganggu
Gangguan kepada alam sekitar akan memberi kesan kepada isi alam
Tanah adalah apa yang ada di muka bumi ini
Ini sahaja sempadan yang ada
Ini sahaja ruang yang ada
Alam ini tidak boleh diperluaskan lagi
Ini sahaja bumi yang ada
Ia sudah terhad
Kemudian lihat apa yang berlaku di persekitaran
Manusia berkembang biak
Ada pembangunan fizikal
Ada peningkatan aktiviti manusia
Penduduk bertambah
Orang semakin ramai
Tempat semakin sempit
Perkembangan yang berterusan terhadap sumber yang terhad
akan membawa malapetaka
Takut kepada malapetaka,
kita harus lakukan sesuatu
Perlu ada tindakan yang berkesan
Apakah tindakan yang paling berkesan buat masa sekarang
Untuk mengawal manusia yang semakin garang.

--THE END--
Ha, ni lah dia puisi dalam notes Law tu...subjek Perundangan Kesihatan Persekitaran.
Untuk pengkarya puisi kat luar sana, ni lah puisi daripada orang2 perundangan.
Bukan saya yang buat, tapi saya faham apa yang nak disampaikan.

Ayat last tu memang power la Prof. "manusia yang semakin garang"
Terasa ke tidak je lagi tu.

Pandai2 la nak jaga dan sayang alam sekitar. Kita pinjam daripada cucu cicit kita, mereka dan kita pinjam daripada Yang Maha Kaya Pencipta Alam Semesta.


0 comments:

Post a Comment