Sunday, June 26, 2011

ada beza ke? sama je!

Lelaki kutuk perempuan yang pakai BAJU KETAT, "macam sarung nangka" katanya.
Nampak nasi lemak yang tak berapa nak mahal tu, "biasa la orang Malaysia punya".
Itu kata mereka.
Tapi sekarang, perempuan pula yang jelik tengok sejenis spesis lelaki ni.
Lelaki yang suka pakai SELUAR KETAT.
Nampak juga batang pokok di bukit kecil yang sepatutnya terlindung tu.
Tapi lelaki-lelaki ni bangga je.

.......................................................................................................................

Lelaki kata lagi, perempuan suka pakai BAJU TAK CUKUP KAIN.
"Maklumlah, kerajaan tak bagi subsidi untuk beli baju", kena la berjimat-cermat sikit.
Sebab tu perempuan kalau "beli kain pun cukup-cukup badan je".
Kata mereka.
Perempuan tanya;
"Hello abang, baju mana?"
'Abang' ni jawab;
"Panas la dik..tak pe pun kalau lelaki tak pakai baju."
Huh...what the ****. Bukan setakat tak cukup kain kat badan, ini kes tak ada kain langsung.
Bertambah juling mata kalau dah juling sebab tgok pemandangan tak indah tu. Esp. mereka badan yang lebat berbulu dan si perut-perut buncit.
Cover sket la bang. Bukan semua orang suka dan selesa tgok orang separuh bogel macam tu.

....................................................................................................................................................

Perempuan yang suka keluar malam selalu dianggap perempuan liar.
Ye la, nenek-nenek kan dah cakap, "anak dara tak elok keluar malam."
"Tak boleh buat bini perempuan-perempuan macam ni."
Kalau dah liar, memang tak boleh nak diharap mendidik anak-anak la nanti.
Masak pun entah reti ke tak tu.
Katanya la.
Lelaki yang suka lepak tepi jalan, tak buat apa-apa benda pun.
Lepas tu sambung lagi dekat kedai kopi, sekarang ni up sket, masuk kedai mamak.
Lepak main dam, daun terup, sedut lagi asap-asap yang membakar duit tu.
Duduk sampai ke pagi, tak balik rumah.
Siang dengan malam pun dah terbalik.
Perempuan kata apa?--> "Lelaki macam ni ada masa depan ke?"
...............................................................................................................................................................

ADA BEZA KE???? 

Ada banyak lagi, tapi cukup lah tiga ni je.

Tu la manusia, ada peluang je, tunding kesalahan pada orang lain. Suka cari salah orang lain.
Nasihat-menasihati tu kan lebih baik.
Peace....

0 comments:

Post a Comment