Wednesday, June 29, 2011

salam perpisahan.

saat jauh di sana
apa terjadi
apa menanti
semua tidak pasti
kau dusta
kau berjenaka
latah gelak tawamu
semua tidak terukir kejujuran pada mata.

penantian untuk jawapan kebenaran aku sudah tidak pasti
jiwa sudah luluh
atas satu sahaja kebenaran yang telah terungkap
walau telah lama liku aku tempuh dengan sabar
aku percayakan keyakinan yang aku tanamkan
tapi sekarang
apabila segalanya aku temui sendiri
semuanya yang telah ku tunggu
aku mahu ia terhenti disini

tidak mahu lagi semua ini dibina ibarat pasir yang rapuh
badai dari angin
lembut namun menghakis
aku tidak mahu lagi membina tembok yang memisahkan kebenaran
tidak mahu lagi aku tutupkan kebenaran yang kini aku sendiri lihat

ketulusan dari kamu tidak pernah aku lihat
tidak juga pernah kau lihatkan padaku
jauh rasa aku simpankan
hendak aku luahkan tidak juga aku lakukan
sekeping hati yang aku jaga akan rasanya
baik aku berdiam
dari menaburkan kata dusta
yang kebenarannya pahit sekali untuk ditelan

lepaskan aku dari semua ini
aku cuma berdoa
semoga apa yang telah aku jalani
hanyalah sekilas pandangan kosong
yang tidak akan memberikan apa pun makna
agar aku tidak pernah akan mengingati
dan aku juga bukan bertindak untuk lupa

salam perpisahan

0 comments:

Post a Comment