Monday, June 20, 2011

Kenapa saya ada Blog???

Tertengok status adik dekat FB td...

"Kenapa awak ada blog? diari?"

Hmm, jawapannya senang je. Hobi....saja suka nak bercerita. Saya pelik? haha....pelik sikit je ni.
Kalau semua benda la saya nak suruh orang dengar, lama-lama orang yang suka dengar pun boleh jadi bosan.
 Menulis ni ikut lah, siapa nak baca, boleh baca. Kalau tak nak, sila tutup blog saya ni. Tak baca pun tak pe, saya tak marah, saya pun tak kisah...hehe.

Actually blog ni start lama dah, since 1st year dulu. Sampai la sekarang. Hobi suka karang puisi, saya masukkan dalam blog ni. Kongsi cerita suka duka dunia dengan mereka yang gemar membaca di luar sana.

Excuse me kalau puisi-puisi tu susah nak faham..hehe.
Pemahaman bergantung pada diri masing-masing, macam mana mereka nak tafsirkan.
Saya kongsi minat dalam puisi ni dengan Cik Aksara, dan juga ex-rommate masa matrik dulu, Fiq.

Tapi ada juga orang yang minat dengan blog ni sebab nak cari duit.
Boleh buat bussiness...tu untuk orang yang ke arah situ la...saya tak lagi.
Kawan-kawan kat office tu pun ada blog sebab nak cari duit la kebanyakannya, tambahkan income.
Masing-masing masukkan barang jualan masing-masing.
My bos yang daripada tak tahu apa-apa pasal blog pun, boleh berminat nak jadi blogger bila dapat tau boleh buat duit dengan blog....haha. (Bos, cukup-cukup la kerja yang dah berlambak tu, gaji pun dah banyak ape =p )

Bagi saya, biarlah saya berblogging sebab minat.
Kalau tak ada minat, mesti kerja pun tak jalan.

Thanks kepada semua yang sentiasa setia dengan cerita-cerita daripada Cik White.
And,
saya akan kongsikan jalan cerita cinta (ehem2...) yang pernah saya lalui sejak dari kecik dulu...haha

C u Soon.....bye

2 comments:

~~ aksara ~~ said...

eceee new story coming ke?? haha waiting laa

white rose said...

haha...cik aksara...akan ada, tapi slow2...
cerita keluar sikit2...wink

Post a Comment