Friday, November 30, 2012

Susahnya nak kawin bila mulut orang lain mengata

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥

☞ Ish! Mahalnya? Nak jual anak ke apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH
JANGAN DENGAR KATA ORANG
DENGAR KATA ALLAH! 
HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. 
NAK KAHWIN TAK SUSAH 
TAPI MEREKA SEBABKAN KITA YANG NAK KAHWIN NI JADI TERSEKSA..


Perkahwinan menuntut seribu satu tanggungjawab, bukan sekadar menghalalkan hubungan lelaki perempuan yang bukan muhrim..
Sekiranya orang yang kita redha agama yang ada padanya datang menyampaikan hajat, maka tidak salah untuk kita terima 
Perkahwinan merupakan sesuatu yang diredhai dan diberkati.. Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada insan yang ingin berumah tangga...

0 comments:

Post a Comment