Friday, November 30, 2012

Engkau sengaja, tapi aku kata " tak mengapa".

G: "Jom kita main bowling nak tak?"
B: "Owh ok. Murah sikit kan. And fun. Dah lama juga tak main bowling". Akhir katanya yang diakhiri senyuman yang tidak diketahui maknanya.

Permainan untuk 1 pusingan bowling tidaklah begitu lama. Sekadar basa-basi untuk memanaskan badan, dan juga menghilangkan kebosanan yang telah ketandusan fikiran akan aktiviti pusat membeli belah yang sama saja lagaknya setiap hari.

Balingan pertama si gadis boleh dikatakan memberangsangkan. Jatuhan untuk 8 pin. Walaupun tidak semua pin bowling tumpas dalam tangannya, sudah cukup untuk membuat dia tersenyum, gembira akan kebolehannya yang tidak seberapa.

Balingan pertama si bintang tidak kurang hebatnya. Malah membakar lagi semangat dalam diri gadis untuk bangun mencabar dirinya. Andai dapat dirinya untuk memenangi pertandingan ini, itu adalah hadiah untuk dirinya, dan juga bintangnya yang turut sama beradu kebolehan dalam permainan ini.

Tetapi balingannya tidak begitu baik setiap kali dia membuat lontaran. Jatuh sedikit semangat si gadis. Namun, dalam kekecewaannya itu, si bintang terus memberikan semangat. Kembali tersenyum si gadis. Dan dalam hatinya, akan dia cuba membuktikan bahawa dia juga mampu bermain sebaik si bintang.

0 comments:

Post a Comment