Tuesday, May 25, 2010

HADIAH HARI LAHIR (part II)

“Eh kau ni. Salah ke kalau aku tak nak ikut? Suka hati aku la nak keluar ke tak…”

“Ok…Ok… aku terlupa pula kan. Aku ni bukan boyfriend kau kan. Tak teringat pula status aku ni siapa. Sorry ok. Okeylah, bye!”

Alamak, lain macam je bunyinya. Merajuk ke Fadil ni? Tapi takkan la senang sangat dia nak merajuk dengan aku. Dia tau kan aku ni macam mana. Kalau dah bulat kata aku, bulat lah. Tapi tak pe lah, merajuk dia tu bukannya lama. Mungkin sebab ni lah hubungan kami mampu bertahan selama lebih kurang tiga tahun.



“Psssttt….”

“Psssttt…”

“Woit!!!”

“Opocot kau hantu…” Kah..kah…kah… tak tertahan lagi aku menahan gelak melihat sahabatku yang seorang ini. Melatah mengalahkan orang perempuan.

“Kau ni kan, tak reti-reti nak bagi salam ke? Ayu lah sikit. Kalau aku mati tadi, nanti confirm dah tak ada orang nak sayang kau. Suka la kan kau kalau aku mati? Tak pasal-pasal aku mati kat sini.” Merah aku tengok muka dia. Entah menahan malu rasanya sebab terlepas latah depan aku.

“Hehe…jangan lah marah. Tapi, makin hansome pula bila kau marah kan. Senyum lah sikit. Kalau aku tau kau ni sakit, tak ada lah aku nak buat macam tadi.” Akhirnya, terukir juga senyuman setelah puas digelakkan oleh aku tadi.

“Kau buat apa kat sini? Ponteng kuliah ya?” aku terus mengikut langkahnya walau tidak tahu kemana arah tujuannya. “Aku tak ada kelas hari ni. Saja ja nak lepak-lepak kat sini sekejap. Tapi adalah pula kan beruang mana ntah tadi datang mengejutkan aku.” Matanya memandang aku mengejek. “Iyela, sorry ok Dil.”

“Eh… bulan depan birthday kawan aku la. Tapi nak bagi apa pun aku tak tahu ni. Boleh lah kau tolong aku pilihkan hadiah untuk dia kan.”

Special ke..?” Aku cuba mengorek rahsia. “Sampaikan pening-pening nak fikir hadiah apa nak bagi. Aku penah dengar la kan, lagi special seseorang tu, lagi pening sebenarnya kalau kita nak bagi hadiah, iyelah, nak pastikan hadiah tu betul-betul bermakna. Betul tak?”

Something like that. Tapi aku tak tahulah dia fikir aku ni siapa dalam diri dia.” Tergelak aku mendengar jawapan yang diberi.

“Kiranya macam bertepuk sebelah tangan lah kau ni…” Hanya keluhan yang aku dapat dengar sebagai jawapan soalanku tadi. Kesian juga. Tapi… terkenalah dia kali ni. Padan muka. Sebelum ni punyalah ego dengan aku.




Seperti yang kami janji, kami pun keluar pergi membeli hadiah. Setelah penat berjalan satu shoping complex, kami pergi minum. Dah ada orang nak belanja, aku pun suka lah. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Nak balik pun aku bosan. Di rumah hanya tinggal aku dan emak aku sahaja. Ayah kerja, adik-adik sekolah.

“Macam mana cuti…seronok?” dia bertanya. Seminggu tak jumpa…kenapa aku lihat dia semakin menarik? Aduhai perasaan. Hmm, mungkin potongan rambut baru agaknya.

“Seronok apanya… Kau tahu tak, baru cuti seminggu ni pun aku dah tak tahu nak buat apa kat rumah tu. Ini lagi sebulan setengah lagi baki cuti, mati kebosanan lah aku.”

“Eh, bagus apa duduk kat rumah. Belajarlah sikit tolong emak kau tu kemas-kemas rumah ke, apa ke. Esok-esok kalau nak jadi isteri orang kan dah senang. Sejuk je hati suami. Terurus je rumah tangga.”

“Setakat mengemas, membasuh, memasak… sebelah tangan pun aku boleh buat lah.” Dia tergelak.

“Ooo..kau tak percaya ya. Tak apa. Suatu hari nanti aku akan buktikan pada kau. Untunglah suami aku nanti kan.”

Selepas itu aku mohon diri untuk pulang memandangkan hari menjelang petang. Kalau balik lambat nanti, takut kena marah dengan emak pula. Emak cakap anak dara tak baik balik lambat. Hehe…




“Emi…telefon!” terdengar emak memanggil dari ruang tamu di bawah. Terlalu leka bermain game sampaikan telefon berbunyi pun aku tak angkat.

“Siapa pula lah yang telefon aku guna telefon rumah ni? Handphone aku kan ada.” Keluhku.

“Siapa yang telefon akak tu mak?”

“Entah. Mak tak Tanya pula.”

“Assalamualaikum… Emi here.” Tapi, senyap. Orang ni call tapi tak nak cakap pula.

“Waalaikummussalam…Emi apa khabar? Sihat…” Sah…. Aku kenal suara ini milik siapa. Aku kenal benar dengan pemilik suara ini.

“Baik!” Sepatah aku menjawab pertanyaan tadi. Aku toleh melihat kearah emak yang juga sedang memandang aku. Tapi tidak lama kemudian emak beredar.

“Maafkan abang kalau abang mengganggu Emi.”

“Awak nak apa lagi?” Aku bertanya tanpa sepalit pun rasa bersalah.

“Abang nak minta maaf atas perbuatan abang dulu.”

“Dah lama Emi maafkan.” Aduhai perasaan… tabahlah.

“Terima kasih Emi. Abang nak jumpa Emi boleh?”

“Tak boleh, sorry.”

“Abang datang rumah Emi.” Tersentak aku mendengar.

“Jangan. Emi tak izinkan awak datang ke rumah ni. Sudahlah, ada kerja lain nak buat.”

“Tak apalah Emi. Mungkin lain kali kita boleh jumpa.” Akhirnya Afiq meletakkan telefonnya. Baguslah kerana dia tidak mendesak aku.




Cuti kali ini aku habiskan bersama keluargaku di Desaru. Hanya dalam negara memandangkan cuti persekolahan adik-adikku tidak berapa lama. Bagus juga rasanya dapat menenangkan fikiran di tempat macam ini. Sambil-sambil melayan perasaan ditemani keindahan ciptaan ilahi. Seronok duduk di bawah pohon ru yang rendang, di waktu petang, angin sepoi-sepoi bahasa meniup diiringi tawa riang kanak-kanak dan keluarga mereka yang seronok bermain di pinggir pantai.

“ Assalamualaikum…”

“Ya Allah Fadil! Kat mana aku ada, kat situ jugalah kau muncul. Mengganggu khayalan aku la kau ni.” Aku benar-benar terkejut dengan kehadirannya.

“Kau tak suka ke aku ada kat sini?” Dia sudah pun duduk di sebelah aku.

“ Bukan tak suka. Cuma aku pelik je. Macam mana kau ada kat sini juga?” Memang aku rasa pelik. Aku rasa aku tidak beritahu sesiapa aku bercuti di sini. Tiba-tiba muncul pula sahabatku ini di depan mata.

“Kau tak ingat ya? Kan kau juga yang tulis dalam blog kau, ‘Mencari Khayalan Bersama Desaru’. Ha, tak ingat lagi? Sebab tu la aku tahu kau kat sini. Lagi pun bila aku pergi rumah kau, jiran kau bagi tahu family kau pergi bercuti, dah sah-sah lah kau ada kat sini. Hehe… pandaikan aku.”

Dia datang ke sini semata-mata kerana aku ke? Confuse aku.

“Kau datang dengan siapa ni? Family?”

“Aku ikut abang aku outstation. Dia kene uruskan something kat chalet ni. Papa aku wakilkan dia. Dah alang-alang tahu kau pun kat sini, aku ikut la.” Aku berpaling menatap wajah Fadil untuk mendapatkan kepastian. Memang chalet di sini kepunyaan keluarga Fadil dan ada lagi beberapa pusat penginapan percutian di tempat lain diuruskan oleh keluarganya juga. Dia senyum bersahaja. Membalas tatapanku. Akhirnya aku yang tertunduk tak sanggup menentang sinar matanya. Boleh gugur jantung aku kalau lebih lama aku tatap sepasang mata itu.

“Kau ni kan Emi, nak datang sini bukannya nak bagi tau aku. Tapi kebelakangan ni kenapa aku dah jarang dapat berita pasal kau? Telefon pun dah jarang-jarang. Kenapa Emi?”

Kami memang tidak berahsia antara satu sama lain. Semenjak aku menjejakkan kaki ke universiti, dialah sahabat aku yang paling aku percayai. Tambahan pula rumah kami memang berdekatan. Ibu bapa kami juga saling mengenali. Tapi kali ini aku agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya. Kalau dahulu masalahku adalah kerana Afiq, kali ini juga adalah disebabkan Afiq. Aku juga sudah malas untuk memikirkan masalah lelaki yang kembali menagih kasihku setelah hatiku dikecewakannya suatu masa dulu.

“Kau haus tak? Nah ambil air ni. Aku tau kau suka air milo kan. Jadi tadi sebelum aku datang sini aku belikan air ni dulu untuk kau.” Fadil menghulurkan air tadi kepada aku. Sekali lagi aku tatap matanya dan sekali lagi mata kami bertembung.

“Kenapa kau baik sangat Fadil?” Dalam tak sedar aku bertanya padanya.

“Aku kan memang insan yang baik. Kau tak suka ke aku baik dengan kau?” Aku tergelak. Ada sahaja alasannya yang mampu membuatkan aku tertawa.

“Kau tak risau ke?”

“Nak risau apa?”

“Nanti saham kau jatuh. Iyela, kalau kau rapat sangat dengan aku, baik sangat dengan aku, susahlah kau nak dapat girlfriend.”

“Mereka faham. Lagipun mereka tahu siapa kau di hati aku.” Fadil senyum memandangku.

“Mereka?... berapa ramai pula tu?”

“Adalah dalam 8 orang. Tapi yang betul-betul aku sayang sepenuh hati Cuma ada seorang saja. Aku betul-betul sayangkan dia.” Memang sah la dia dah ada buah hati. Tapi tak jelous ke dia bila Fadil bersama aku? Kalau aku lah, dah lama aku melenting.

“Boleh tak aku nak kenal dia?”

“Tunggulah… nanti sampai masa kau kenal juga dia.”

*BERSAMBUNG....

0 comments:

Post a Comment