Friday, October 22, 2010

Cerpen seterusnya?

"Uit Cik, bile nak keluarkan cerpen baru????"
Banyak kali dah dengar ayat ni. Jawapan yang sama juga la yang dikeluarkan banyak2 kali.
"Tunggu cuti sem la ye. Part-time je kot."

Seriously memang xleh focus nak wat cerpen. Cerpen yang dibuat sekarang pun report2 projek ngan report fieldwork. Itu la 'cerpen2' White buat masa sekarang.



Konon dulu penah la berangan nk jadi macam Ahadiat Akasyah. Waaa, cita2 xtengok kiri kanan. Padahal baca novel pun susah nak lepas. 2 3 page dah hilang(zzzzzzz....). Ubat tidur paling berkesan setakat ni. Memang la payah sangat nak khatam novel2 cinta melayu ni. Banyak kali cuba macam tu juga jadinya. Someone tolong ajar White cara nak hayati novel. Mana la tau leh jadi jiwang ke nanti...haha



Pastu pernah la juga terfikir nak buat duit dengan novel. Sikit2 lama2 jadi gunung (xmau bukit, kecik sgt). Angan-angan masa sekolah menengah la ni. Seronok je berangan time tu. Karya2 semua tulis dalam kertas, tapi last2 semua dibuang. Alasan: Biar karya hanya karya. (Mimpi anganku musnah..hoho). Nak focus kat study la kononnye. Kalau xsilap ada yang tertinggal kat locker kelas form 5 dulu. Tapi yang paling sweet White pernah buat, tulis 1 poem kat belakang gambar best friend (c-kin) pastu bg kat die wat kenangan. Dah terbang ke China gambar tu. (really miss her).



Masa matrik memang xmenulis langsung. Kalau terkeluar pun ayat2 kat kepala ni, tulis kat kertas, pastu delivery masuk tong sampah. Kental giler masa ni. Nak menidakkan minat sendiri, sampai macam tu skali.

Sekarang ni, start year 2 kat UKM, White dah tunjukkan taring dia semula. Bukan menulis sebab nak duit, tapi menulis apa yang tersirat di hati. Macam yang White selalu pesan kat pembaca setia, kalau nak menulis kena ikhlas dari hati, barulah apa yang kita tulis tu sampai kat jiwa pembaca. Thanks kat sifu a.k.a my ex-rommate matrik yang beri galakan untuk White menulis semula.

*Ada cadangan tak untuk next cerpen? Terpikir nak tulis cerita hantu la pula. Tapi takut diri sendiri pula yang tak leh duduk diam nanti =p.
MSg me kt fb k (^^',)v

0 comments:

Post a Comment