Sunday, December 12, 2010

Gadis dan coretannya

Gadis dan coretannya di jari
Manis mengulam sepi
Walau senyuman di tepian rasa
Terus mencipta sedikit makna
Di siang dan malam harinya

Dia rindukan kenangannya
Adakah mereka masih mampu mendengar?
Tiada satu duka
Tiada kata-kata dusta dalam angan
Satu dunia yang dicipta indah
Ikhlas dari sekeping jiwa

1 comments:

~~ aksara ~~ said...

gadis itu percaya pada kisah pari-pari dan kayangan...
dia percaya pada sesuatu yang bernama cinta...
dan kerana percaya, dia di hina dan terluka...

Post a Comment