Wednesday, June 1, 2011

Dari aku kepada kamu.. A....

sahabat,
dari kecil kita bersama, dari zaman dahulu lagi kau telah hadir dalam hidupku.
umur 11 tahun aku mula mengenali seorang insan, iaitu kamu.
dulu aku tak bisa mengenali erti persahabatan antara kita.
kita bersua, tapi tak bersapa.
kira sahaja berapa jaraknya kau dan aku di situ, kita dekat tapi kita jauh.
kita bersama menginjak alam persekolahan bersama.
kau dan aku, satu kelas, satu sekolah, berkongsi guru yang sama.
tapi kau dan aku tetap juga berbeza.
hanya bersama andai kerja diberi oleh si guru.
aku, kau bersatu dalam drama, cerita yang kita reka, kita ciptakan.
kawan terhibur, kata mereka, kau dan aku serasi.
tapi masih jauh lagi bagiku kata-kata itu.
langsung aku tidak dapat melihat di mana betulnya ayat mereka.
aku tidak mahu mengenali sekelilingku.
bagi aku, ini hanya sementara, masa depan itu yang nyata akan hadir.
aku tinggalkan semuanya semasa detik akhir persekolahan di sana.
aku mahu lupakan semuanya, termasuk juga kamu yang aku tidak sengajakan.
aku lupa, kamu juga ada dalam lipatan sejarah hidupku semasa itu.
semua aku padamkan, tidak mahu ada secebis pun yang tinggal.

detik 13 tahun umurku, aku juga masih melihat kamu.
setiap hari melihat insan yang sama, tetapi insan ini semakin berbeza.
semakin matang sesuai dengan jiwa remajanya.
terbongkar disitu aku kadangkala melihat kamu.
tapi,
aku dan kamu masih khayal dalam dunia masing-masing.
sedikit pun aku tidak mahu melihat hadapanku yang ada dirimu.
akhirnya alam kita di sekolah menengah habis begitu sahaja.
3 tahun aku di situ, aku hanya mengenali nama dan fizikalmu.
jauh di sudut hati dan peribadimu, tidak pernah aku terjun untuk menyelami.

habis semua yang aku ingini aku kejar.
satu persatu aku perolehi.
tapi ak sedar, setiap satu yang aku dapat, ada juga yang perlu aku lepaskan.
aku kejarkan kejayaan, aku kejarkan keinginan yang aku mahukan dari kecil dahulu.
aku mahu berjaya dalam pelajaranku di sekolah.
aku mahu menjadi pemimpin di kalangan rakan-rakan universiti.
aku mahu menjadi idola kepada adik-adik.
aku mahu menjadi ikutan.
segalanya telah aku perolehi.
tapi aku tidak pernah kaya dengan kasih yang aku cari dari insan yang benar memahami.
itu aku sering kecundang, walau sering kali aku mencuba.
aku tidak pernah lagi bertemu insan yang jiwanya adalah padaku.

aku akhirnya akur pada takdir.
tuhan telah katakan manusia itu ada jodoh bagi tiap-tiap mereka.
mereka diciptakan berpasangan.
aku yakin dengan ketentuan itu.
dan dengan keyakinan itu juga sesungguhnya aku tidak menyangka akan bertemu kamu semula.
5 tahun jarak masa memisahkan kita.

kau kata aku berbeza.
tapi itulah aku.
dahulu aku hanya insan yang dalam fikirannya hanya memikirkan ilmiah semata-mata.
tapi sekarang aku sedar, aku perlu merubah diriku yang lama.

aku yang kau kenali kini bukan lagi insan yang mula kau kenali sejak 10 tahun dahulu.
aku juga mahu mengenali dirimu.
aku tidak mahu seperti dulu, tidak memandang kamu yang dihadapanku.
dalam diriku akan aku benarkan kamu untuk wujud kembali.
maka benarkanlah aku menggali kembali untuk mencari diri kamu yang hilang, yang telah aku timbuskan dahulu bersama kenangan yang jauh aku lontarkan.

sedikit demi sedikit ingatanku kembali.
takjub dan terharu kerana kamu lebih banyak mengingati zaman kecil kita.
aku tidak mengingat walhal sedetik pun.
foto kita yang lalu juga aku tidak tahu entah kemana, walaupun ia sebenarnya satu-satunya kenangan aku dan kamu.
kau tarik aku kembali ke alam nyata.
mengenal semula cara tertawa dan bergelak senda bersama.
kekok, tapi aku tetap mencuba, kerana aku tidak mahu lagi melepaskan salah satu kebahagiaanku yang dulu.
biar dulu aku pernah melepaskan genggaman ini, tapi tidak lagi untuk kali ini.

aku tahu, aku sedar,
masih banyak lagi yang mahu aku dan kau kecapi dalam kehidupan ini.
kau juga mungkin menjadi kebahagiaan yang aku ciptakan, dan kemudiannya terpaksa juga aku lepaskan.
aku tahu benar, kebahagiaanku tidak pernah kekal.
tapi,
aku harus ucapkan terima kasih
kerana kau benarkan aku kembali untuk menebus masa lampauku dahulu,
untuk aku tebus kembali tugasku sebagai seorang sahabat.
kau beri aku peluang untuk merasa dekat dengan insan yang dulunya aku buang jauh.

kini,
aku harus akhirkan semuanya.
tuhan membalas aku dengan seadilnya.
daripada aku terus keliru, aku hentikan segalanya.
kisah yang hanya sementara tak mampu untuk aku teruskan untuk menjadi sebuah cerita.
semuanya akan berbeza,
kembali seperti dahulu, atau membuka lembaran baru, itu aku tidak tahu.

3 comments:

Anonymous said...

amboi... romantiknye cerita kamu ni cik white..=)tp selami la hati budi masing2 dgn sedlm nye k..

white rose said...

insyaallah....hanya mencuba yang terbaik...segalanya datang dari yang esa.

kawasaki said...

A for aliff yang komen sbgai anonymous tu.

Post a Comment