Thursday, February 7, 2013

Mak tak ada kuasa. Mak hanya penasihat.


Kenapa isu ini timbul? Ini isu kahwin sebenarnya. Bakal mak mertua tak suka pada bakal menantu. Bakal menantu tu lelaki atau perempuan? Jawapannya, lelaki.

Kenapa hal ini selalu terjadi sekarang ni? Itu lah orang kata, “Kerana mulut badan binasa”. Dah yang ada di kepala asik nak memikirkan  apa yang orang lain mengata. Entry kali ni, tuju untuk kaum-kaum ibu diluar sana.

Apa yang mungkin dilakukan oleh golongan bakal mak mertua yang macam ni? Paling selalu terjadi mereka letak mas kahwin tinggi-tinggi. Padahal ayah si perempuan tu Ok je. Memang betul jadi pun! Ada orang yang sengaja nak menyusahkan, dengan tujuan tak nak bagi jadi menantu, buat perkara macam ni. Dia tahu si lelaki tu kurang daripada segi kewangan, yang hanya mampu beri hantaran setakat 5K-6K, diletaknya harga hantaran sampai 20K-30K. Ada berlaku! Semua sebab hati yang punyai niat yang tidak baik. Meskipun kalau berkahwin juga, yang menanggung hutang, menantu lelaki tu tadi. Menyusahkan hidup anak menantu sendiri.

“Makcik, tak boleh kurang ke?”
“Eh, mana boleh. Ko ingat kerbau ke apa?”

Sebab tu Ustaz Azhar Idrus pun ada pesan, apa-apa yang kita nak buat pun, tengok balik pada ajaran Islam. “Islam adalah ubat bagi sekalian penyakit”. Penyakit kat sini, harga mas kahwin yang melampau. Makcik-makcik ni kira macam mana? Dia kata harga barang-barang naik, harga mas kahwin pun naik lah juga. Boleh terima atau tidak, tepuk dada, tanya akal fikiran. Saya tak mahu guna tanya selera, sebab ini bukan cerita bab makanan.

Kononnya harga mas kahwin;
Lepas SPM: RM 15 000
Ada Degree + cantik melecun:  RM30 000

Awak lelaki kat luar sana tu boleh terima ke kalau harga macam ni? Kalau pendapatan tinggi, berpuluh ribu sebulan, tak apa la rasanya. Yang bergaji cukup makan tu macam mana pula?

Memang masalah kalau dapat bakal mak mertua macam ni. Sebelum kahwin, bagi masalah pada anak sendiri. Anak nak kahwin tak dapat sebab bakal suami tak mampu tunaikan hajat bakal mak mertua. Lepas kahwin, menyusahkan menantu sebab berhutang, bergadai, nak membayar hutang yang berpuluh ribu tu.

Huhu... kan Nabi kita pun dah berpesan, Sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling murah mas kahwinnya. Maknanya kalau rumah sebelah letak 5k, anak kita letak lah 4500. Kalau ada lagi rumah sebelah yang lagi satu letak 4500, kita letak 4K. Jadi, kita menang. Dapat sunnah nabi. Ada ke orang sekarang buat macam ni? Cakap kat mulut senang, tapi ada atau tidak tu, Wallahualam...

Sebab apa yang susah nak buat macam tu? Hahahaha...ni ha. Ahli mesyuarat tak berbayar a.k.a geng-geng bercerita, dok pumpang sana sini cerita anak orang tu kahwin macam ni, anak orang ni kahwin macam tu. Lastly, end up dengan 10K-15K juga. Niat 4K dah terbang melayang. Tengok la kuasa kata-kata orang tu lagi kuat sekarang ni kalau nak bandingkan dengan apa yang diharuskan.

Kadang tu, si ayah ni baik, OK je. Tapi tu la, masih tak sedar status yang perempuan ni. Dia tak ada kuasa sebenarnya kalau bab perkahwinan. Siapa wali? Jawapan saya dan yang dah tentunya tak ada jawapan lain: Ayah. Tanya pada ayah! Sebab mak bukan wali. Tapi kita tak reti nak cakap macam mana. Ada je jawapan si mak ni nanti. Tapi satu hal yang pasti, mak tak boleh jadi wali. Mak tak ada kuasa.

Tapi tiba-tiba orang melayu bagi mak pangkat paling tinggi dalam bab nikah. Mak kata 30K, 30K la jawabnya. Mak kata tak jadi, maka tak jadi la. Sampai menangis-nangis anak. Dah bertahun bercinta. Kenapa mak tak bagi? Pasal pakai moto je. Mak cakap, menantu aku tak ada lagi yang pakai moto. Paling cikai pun kancil turbo tu ha.

Masya Allah... ada jadi kes macam tu.

Kalau dah tak berkenan, bagi tahu apa yang tak berkenan. Tak suka lelaki tu pakai seluar jeans koyak-koyak, malu kat orang. Bagi tahu dia. Tukar pakai jeans tak koyak dah. Boleh ubah kalau diusahakan. Ni tak, semua mak yang pegang kuasa. Dah kata awal tadi, mak tak ada kuasa.

Bila tanya ayah, ayah kata “ayah tak kisah. Ayah berkenan dah. Mak kau tu”.
Lepas tu anak kata, “dah ayah kata nak tanya semalam?”
“ ayah tanya dah, dia jeling kat ayah pulak semalam”.
Ayah pun jadi takut kat mak tu. Dah ayah tak lawan mak. Ayah kata jangan main-main dengan mak kau tu.

Haaa, tu la orang kata. Yang nak kahwinnya anak, tapi kehendak macam-macam tu emaknya. Parah anak tu. Patutnya mak, berkenan atau tidak, jangan cakap banyak. Ayah wali. Kalau ayah dah kata budak tu baik, bagi je nikah. Kalau mana-mana yang tak kena, kita cuba baiki. Kalau lelaki ni tak baikkan perangai dia, tak payah nikah. Kan jadi mudah. Ayah oooo ayah...

Jangan dihalang tak tentu pasal. Kalau dibawa lari anak nikah ke Siam, bawa balik nanti, malu je yang dapat.
Jangan dikira duit sangat. Lagi-lagi kalau budak tu baik. Walaupun dia bukan ustaz atau pegawai ke apa, jangan diletak mas kahwin tinggi sangat lah.

0 comments:

Post a Comment